CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 875|Reply: 9

[Tempatan] Timbalan Menteri puas hati, beri 7/10 filem Pengabdi Setan II

[Copy link]
Post time 10-8-2022 10:14 AM | Show all posts |Read mode
Filem Pengabdi Setan 2 Communion dijangka mendapat sambutan penggemar filem seram di negara ini kerana berjaya menampilkan kualiti yang lebih memuaskan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin berkata mutu lakonan filem berkenaan juga amat memuaskan.

"Pelakon (filem) telah memberikan prestasi yang menjadikan filem lebih menyeramkan, dan itu adalah sesuatu yang amat membanggakan," katanya kepada pemberita selepas majlis tayangan perdana filem berkenaan di Kuala Lumpur malam tadi.

Dalam pada itu, Zahidi memberikan markah penilaian tujuh daripada 10 untuk keseluruhan filem berkenaan.

Pengabdi Setan 2 Communion akan mula ditayangkan pada 11 Ogos ini menampilkan barisan pelakon seperti Tara Basro, Endy Arfian, Nasar Anuz dan Bront Palarae.

Ia merupakan sekuel filem berjudul Pengabdi Setan yang ditayangkan pada 2017.

-Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 10:22 AM | Show all posts
ape ke hey plk timb menteri bg review filem
filem luar plk tu

part of his job ke
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 10:55 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 10-8-2022 10:22 AM
ape ke hey plk timb menteri bg review filem
filem luar plk tu

.. pelik2 menteri.. mungkin dia dapat bayaran promoter
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Cilakak sungguh memula aku baca tajuk ingatkan troll.sampai aku double check yg itu mkini bukan page troll
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 12:31 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 10-8-2022 10:22 AM
ape ke hey plk timb menteri bg review filem
filem luar plk tu

obvious sangat tak der kerja kan....
lepak-lepak.... tengok wayang... buat review..
lepas ni klu bnyk masa terluang boleh la suruh si Zahid
ni buat review makan pulak.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 12:51 PM | Show all posts
aku baca tajuk ni pun pelik...

bukan filem karya tempatan pun kau nak bagi rating bagai... bingai betul menteri kt malaysia ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2022 01:05 PM | Show all posts
ramainya menteri makan gaji buta kat Msia ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri ramai,skop kerja kecik sangat so banyak Masa lapang boleh bagi review
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 10:04 PM | Show all posts
tax payers byr gaji ngkau utk promote filem luar ke bangsat?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa menteri nak promote filem luar? Bodoh ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.095702 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list