View: 587|Reply: 1
|
Beruang Kutub Dibunuh Sebab Serang Pelancong
[Copy link]
|
|
OSLO – Seorang wanita Perancis terselamat daripada serangan seekor beruang kutub ketika melancong di sebuah pulau terpencil di kepulauan milik Norway, lapor akhbar Metro UK.
Wanita itu adalah sebahagian daripada kumpulan 25 pelancong yang berkhemah di Sveasletta, tengah Svalbard.
Ketua polis tempatan, superintendan Stein Olav Bredli berkata, mangsa telah diterbangkan menaiki helikopter ke sebuah hospital di Longyearbyen.
Foto: Metro UK
Kecederaannya tidak mengancam nyawa, manakala pihak berkuasa tidak mengeluarkan sebarang butiran lanjut.
“Wanita Perancis itu mengalami kecederaan pada lengan.
“Tembakan telah dilepaskan ke arah beruang kutub itu yang melarikan diri dari kawasan tersebut,” kata Bredli.
Menurut beliau, beruang kutub itu cedera dan anggota polis yang berada di tapak itu sedang mempertimbangkan apa yang perlu dilakukan dengannya.
Akan tetapi, beruang kutub itu kemudiannya dilaporkan telah dibunuh. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
elok la dibunuh..dah sampai mencederakan orang
#tunggupencintaberuangkutubmasukkomen |
|
|
|
|
|
|
| |
|