View: 1041|Reply: 8
|
Letak Racun Dalam Makanan- Nenek Bunuh Anak Perempuan OKU Dan Tiga Cucu
[Copy link]
|
|
Moscow: Seorang nenek mengaku membunuh tiga cucu dan anak perempuannya yang kurang upaya dengan meracuni makanan mereka.
Polis pada mulanya percaya keluarga di Rusia itu meninggal dunia akibat terkena racun serangga di sekitar rumah, tetapi suspek, Lidia Viktorovna Shiryaeva mengaku membunuh mereka.
Portal Mirror melaporkan, keracunan berlaku di kampung Aleksandrovka, di daerah Marksovsky di wilayah Saratov, di barat daya Rusia, pada Disember 2021.
Foto: Mirror
Pihak berkuasa berkata, pembunuhan itu berlaku berikutan keretakan hubungan peribadi secara tiba-tiba.
Lidia, 49, dilaporkan mengaku kepada Jawatankuasa Penyiasatan Persekutuan Rusia untuk wilayah Saratov.
"Saya tahu suami ada racun dalam kereta dan saya mula memasak makan malam pada 11 hari bulan.
"Saya tanya anak cucu nak makan apa, mereka mahu mi dalam susu. Dalam kuali ini saya masak sup susu, saya ambil susu dari peti ais, mi dalam almari dan saya tambah sedikit garam.
"Kemudian saya meletakkannya di sebelah sinki untuk menyejukkan mi. Apabila semua orang tidak perasan, saya keluar dan membawa bungkusan racun dan memasukkannya sebelum meletakkan di atas pinggan untuk dimakan," katanya.
Dua daripada kanak-kanak itu dinamakan sebagai Mikhail, 3, dan Margarita, 5.
Mereka meninggal dunia serta-merta dengan seorang lagi mangsa, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang tidak disebut namanya meninggal dunia ketika dirawat di unit rawatan rapi.
Ibu tiga kanak-kanak itu yang kurang upaya berusia 23 tahun dilaporkan menghidap cerebral palsy turut meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Bapa tiga kanak-kanak yang maut itu dinamakan sebagai pekerja kilang Alexander Shiryaev berusia 27 tahun.
Dia berkata, dia tidak percaya ibunya boleh melakukan jenayah itu.
Wanita itu dilaporkan kehilangan suaminya beberapa bulan sebelum kejadian.
Jawatankuasa Penyiasatan Persekutuan Rusia wilayah Saratov dalam satu kenyataan memaklumkan, akibat tindakan penyerang yang menyalahi undang-undang, pada 13 Disember 2021 mangsa meninggal dunia.
Dia berkata, kematian itu disebabkan oleh keracunan 'dengan bahan tidak diketahui.'
"Bukti dikumpul dalam kes itu, penjenayah berusia 49 tahun itu menulis pengakuan. Ketika soal siasat sebagai suspek, serta memeriksa keterangan di tempat kejadian, penyerang menunjukkan dan memberitahu mengenai keadaan jenayah itu. Dia bertaubat dari perbuatannya."
Pihak berkuasa Rusia berkata, siasatan jenayah sedang dijalankan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Gila betul berita dari Rusia |
|
|
|
|
|
|
|
oku pon 16 dah beranak, pregnant 15 la kot. takutnya sampai bunuh2x family sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa nenek budak2 ni dah tak tahan ditekan. Selama ni hambakan diri anak clebral palsy, now tambah lagi jaga cucu pulak. Hilang kewarasan, bagi racun |
|
|
|
|
|
|
|
Stress melampau..kesian hilang arah |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya anak dia oku yg tak teruk sangat tidak masakan dia boleh kahwin dan beranak pinak.
CP yg boleh beranak ni mesti boleh berjalan kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Block belah sana suka sangat buat jenayah cara tu dah banyak dilapurkan kes serupa sebelum ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|