CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 843|Reply: 0

[Tempatan] Hanya pusat tarekat pimpinan Habib Shah Firdaus ditutup

[Copy link]
Post time 10-8-2022 03:00 PM | Show all posts |Read mode
Hanya pusat tarekat pimpinan Habib Shah Firdaus ditutup


Penguat Kuasa Jabatan Agama Negeri Sembilan memasang pita halangan di pusat tarekat Al-Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah pimpinan Habib Shah Firdaus Habib Ahmad. - Foto ihsan Jabatan Mufti NS


SEREMBAN: Terdapat 18 tarekat yang berdaftar di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf Negeri Sembilan 2005 setakat ini.

Pengerusi Gabungan Tarekat Berdaftar Negeri Sembilan (G-Tariq), Dr Muhamad Firdaus Abdul Manaf, berkata bagaimanapun hanya Pusat Pengamalan Tareqat Al-Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah pimpinan Habib Shah Firdaus Habib Ahmad, di Kampung Batu 8 Labu, di sini, sahaja yang diarah tutup.

Katanya, baki 17 tarekat yang lain masih beroperasi seperti biasa dan kesemua tarekat berkenaan diiktiraf oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan (JMNS) serta Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan dan Jilsah Al-Turuq Al-Sufiyyah Negeri Sembilan.

"Penutupan pusat pengamalan tarekat pimpinan Habib Shah Firdaus selaras dengan peruntukan Subseksyen 18(1), Enakmen Tarekat Tasawuf Negeri Sembilan 2005.

"Kami menyerahkan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak berkuasa berkaitan untuk menjalankan siasatan dan tindakan selanjutnya terhadap pusat tarekat terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, penutupan pusat tarekat berkenaan bukan bermaksud pembatalan pendaftaran tarekat itu serta-merta, tetapi bagi memastikan siasatan lanjut dapat dilakukan dengan teliti, adil dan berhemah.

Muhamad Firdaus berkata, siasatan perlu mengikut prosedur dan lunas undang-undang yang diperuntukkan.

Katanya, ia penting sekali gus menunjukkan tindakan kawal selia tarekat yang proaktif dilakukan oleh pihak JMNS melalui enakmen berkenaan benar-benar berfungsi dengan baik dan berintegriti.

Katanya, semua pihak diminta bertenang serta tidak menjadikan isu ini polemik yang akhirnya mengundang perdebatan dan ketidakharmonian dalam masyarakat.

"Kita perlu merujuk kepada pihak berkuasa agama apabila berhadapan dengan sebarang konflik dan kontroversi.

"Semua pihak seharusnya memahami bidang kuasa masing-masing tanpa menceroboh bidang kuasa pihak lain," katanya.

Pada 3 Ogos lalu, Jabatan Mufti Negeri Sembilan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak menutup pusat pengamalan tarekatTareqat Al-Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah yang beroperasi di Lot 3263, Jalan Labu, Batu 8, Kampung Jawa Labu, di sini, selepas didakwa ajaran dibawa bertentangan dengan hukum syarak.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... hah-firdaus-ditutup

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.293643 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list