CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 0

Diperdaya Bomoh Cekik Ibu Bapa Sebagai Korban Sembuhkan Abang

[Copy link]
Post time 10-8-2022 06:21 PM | Show all posts |Read mode
Seorang remaja berusia 17 tahun di negeri Chhattisgarh, India didakwa membunuh ibu dan bapanya untuk dijadikan korban dalam usaha memulihkan keadaan abangnya yang mengalami masalah mental, lapor laman berita Wion News, semalam.


Penguasa Polis Chhattisgarh, Abhishek Meena berkata, mayat Sukru Ram Yadav, 40 dan isterinya, Manmati, 35 ditemui di bawah jambatan di Sungai Mahanadi dalam wilayah Saria pada 1 Ogos lalu.




Gambar hiasan




Abhishek berkatam kejadian tersebut terbongkar semasa menyoal siasat suspek yang masih di bawah umur.


Remaja itu yakin bahawa kematian ibu bapanya adalah sebahagian daripada sihir kerana dia membunuh pasangan itu atas nasihat bomoh.


Suspek mendedahkan bahawa kira-kira sebulan yang lalu, abangnya menghidap penyakit mental.


Bagi mengubatinya, mereka bertemu seorang bomoh yang memberitahu puncanya adalah ‘ilmu hitam’ yang diamalkan oleh ibu mereka.


Suspek seterusnya memberitahu polis bahawa bomoh berkenaan menyarankan dia dan beberapa individu agar membunuh ibu bapanya bagi menyembuhkan abangnya.


Bomoh tersebut juga memberitahu suspek bahawa apa yang digelar sebagai ‘pengorbanan’ itu akan memperbaiki keadaan kewangan mereka.


Akibatnya, dengan bantuan abang iparnya, sepupu dan beberapa rakan, suspek didakwa mencekik ibu bapanya hingga mati pada 30 Julai lalu sebelum membuang mayat di bawah jambatan.


Polis berkata, seorang rakan subahat yang dikenali sebagai Dasrath Yadav masih melarikan diri.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.306799 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list