View: 294|Reply: 0
|
[Dunia]
Populasi Jepun catat penurunan terbesar sejak 2013
[Copy link]
|
|
Penurunan populasi terbesar di Jepun sebahagian besarnya disebabkan penularan wabak Covid-19 selama dua tahun. - Jiji Press Photo
Populasi Jepun catat penurunan terbesar sejak 2013
TOKYO – Satu data terbaharu kerajaan mendedahkan bilangan penduduk Jepun merosot kepada 125.9 juta pada 1 Januari lalu, yang merupakan penurunan sebanyak 726,342 sejak 2013, lapor akhbar Japan Times, kelmarin.
Pengurangan tersebut adalah yang terbesar sejak data itu tersedia pada 2013, didorong oleh faktor kematian yang mengatasi jumlah kelahiran semasa perintah berkurung Covid-19.
Penduduk berjumlah 125,927,902 juta itu adalah termasuk warga asing pemastautin, penurunan 0.57 peratus berbanding tahun sebelumnya, demikian menurut data yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri.
Kesemua 47 wilayah Jepun kecuali Okinawa menyaksikan populasi rakyat yang semakin mengecil dengan Tokyo dan tiga wilayah sekitar iaitu Saitama, Chiba dan Kanagawa mempunyai penduduk lebih sedikit buat kali pertama sejak 2013.
Bilangan rakyat Jepun sahaja berkurangan sebanyak 619,140 kepada 123.2 juta untuk kemerosotan tahun ke-13 berturut-turut dengan bilangan kematian tertinggi direkodkan iaitu sekitar 1.44 juta dan kelahiran pada rekod terendah kira-kira 810,000.
Warga asing pemastautin pula berkurang sebanyak 107,202 kepada 2.7 juta orang, menandakan penurunan untuk tahun kedua berturut-turut berikutan kawalan sempadan yang lebih ketat di tengah-tengah pandemik koronavirus.
Berdasarkan wilayah, Tokyo menyaksikan penurunan terbesar iaitu 48,592 orang sejak 2013 apabila ibu kota itu mengalami aliran keluar penduduk asing yang ketara selain pengurangan penduduk Jepun yang masuk.
Okinawa adalah satu-satunya wilayah yang menyaksikan pertumbuhan populasi positif sebanyak 186 orang kerana kadar kelahirannya yang agak tinggi. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... erbesar-sejak-2013/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|