CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 562|Reply: 2

[Tempatan] Wanita resah dalam rumah, orang surau berzikir dan ceramah guna pembesar suara... “Serabut banyak sangat bunyi kena dengar

[Copy link]
Post time 11-8-2022 02:04 PM | Show all posts |Read mode

Pengadu mendakwa tidak tahan kerana pengggunaan pembesar suara yang melampau di surau berdekatan rumahnya. (Gambar Hiasan)

Wanita resah dalam rumah, orang surau berzikir dan ceramah guna pembesar suara... “Serabut banyak sangat bunyi kena dengar
Khamis, 11 Ogos 2022 10:00 AM

MENETAP di kediaman yang berdekatan dengan masjid atau surau menjadi impian ramai umat Islam di negara ini.

Dengan jarak yang dekat, ia memudahkan mereka untuk hadir menunaikan solat secara berjemaah, sekali gus mengimarahkan lagi rumah ibadat di kawasan itu.

Walau bagaimanapun baru-baru ini seorang wanita tampil membuat luahan mengenai 'gangguan' yang dialami gara-gara aktiviti surau yang dibuat menggunakan pembesar suara dalam tempoh yang panjang.


Pengadu berkata dia pening memikirkan hal itu memandangkan teguran yang dibuat langsung tidak dihiraukan. (Gambar Hiasan)

"Salam kak. Saya nak tanya pendapat akak. Apa akak rasa, duduk kat rumah taman, lepas tu surau taman ni dari azan Maghrib, berzikir, berceramah dan segala-galanya pakai speaker besar.

"Azan tu tak apalah. Ni daripada azan Maghrib, solat Maghrib, sambung ke zikir sambung lagi ceramah, sambung lagi azan Isyak, sambung lagi solat Isyak.

"Semuanya pakai speaker besar. Dalam rumah ni dah jadi orang pekak sebab terlalu kuat dan lama. Apa akak rasa?" soal wanita itu.

Dia mengirimkan luahan itu kepada pemilik akaun @OwToTheZie atau Ojie sebelum ia dikongsikan secara terbuka di laman Twitter.

"Apa kata orang lain, kalau ada kejadian macam ni berlaku di kawasan rumah korang. Korang okey ke atau tak okey? Bincangkan," tulis Ojie.

Dalam luahan panjang lebar kepada Ojie, wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu berkata teguran sudah dibuat kepada pihak surau, namun tiada sebarang perubahan berlaku setakat ini.

Kata wanita itu lagi, dia buntu memikirkan hal itu memandangkan teguran yang dibuat langsung tidak dihiraukan, malah ceramah semakin rancak dibuat seperti biasa.


Sebahagian mesej yang dikirim oleh pengadu.

"Saya dah pening ni. Lagi pun ada je yang tegur tau. Ada ada tu siap tegur kat page surau. Tapi orang surau ni terus buat ceramah kuat-kuat fasal hati kotor la. Tiba-tiba masukkan fasal lelaki solat kat surau dan masjid. Tak perlu solat dan mengaji kat rumah.

"Tapi mereka lupa ke ada je perempuan solat kat rumah. Nak mengaji pun sampai tahap tak dengar suara sendiri. Ada tu siap screenshot page mufti send kat situ. Macam biasa orang surau ni spin time ceramah cakap fasal dakwah nabi pun dulu macam ni.

"Ni pun saya terpaksa tanya akak apa patut saya buat sebab orang surau macam ni memang tak boleh kena tegur. Tapi itulah, saya ni tengah migrain, tu fasal tiba-tiba tanya akak. Sebab serabut banyak sangat bunyi telinga kena dengar," dakwa wanita itu lagi.

Nak mengaji pun sampai tahap tak dengar suara sendiri.

PENGADU

Untuk rekod, ia bukanlah kejadian pertama yang berlaku, sebaliknya kes sedemikian pernah tular sehingga mendapat perhatian ramai sebelum ini.

Menerusi laporan media pada 24 Oktober 2020, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, aktiviti lain seperti bacaan al-Quran, zikir, qiamullail, ceramah dan kuliah dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau adalah dilarang menurut hukum syarak.

Ini kerana perbuatan tersebut boleh mengganggu orang ramai sama ada muslim atau bukan muslim.

Menurutnya, perlu diketahui bahawa Islam melarang umatnya daripada menyakiti orang lain sama ada secara fizikal mahupun emosi.


Pengadu membuat luahan gara-gara aktiviti surau yang dibuat menggunakan pembesar suara secara melampau.

"Ini termasuklah memaki hamun, mencerca, mempersenda, menghina, mengganggu ketenteraman dan sebagainya.

"Larangan ini boleh difahami daripada banyak nas al-Quran dan hadis, antaranya firman Allah SWT dalam ayat 55 surah al-A'raf yang bermaksud: Serulah Tuhan kamu (melalui doa, zikir, munajat dan lain-lain) dalam keadaan menghina diri dan memperlahankan suara, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau," katanya.

Tambah Wan Salim, dalam sebuah hadis lain, Nabi Muhammad SAW melarang para sahabat menyaringkan suara dalam munajat atau doa mereka dengan menegaskan ALLAH tidak pekak atau berjauhan daripada mereka.

Jadi, katanya, berdasarkan kepada nas-nas tersebut dan kepada amalan golongan Salafussalih zaman dahulu, maka umat Islam tidak perlu menyaringkan suara ketika membaca al-Quran, berzikir, berdoa dan sebagainya, apatah lagi dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2022 02:05 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan da ade thread lebih kurang.. knp xgabung je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.051016 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list