CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 883|Reply: 4

[Tempatan] Tiga wanita dalam bonet kereta

[Copy link]
Post time 11-8-2022 03:53 PM | Show all posts |Read mode
Tiga wanita dalam bonet kereta




TIGA wanita Myanmar bersembunyi dalam bonet kereta. FOTO ihsan polis


Shah Alam: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai cuba menyeludup enam pendatang asing tanpa izin (Pati) Myanmar dari Kota Bharu, Kelantan ke Klang di Persiaran Tun Teja, Alam Impian dekat sini, semalam.

Lelaki tempatan berusia 31 tahun yang memandu Nissan Teana berwarna hitam ditahan Bahagian Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam jam 1 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan membawa enam Pati yang mana tiga lelaki duduk di bahagian penumpang belakang manakala tiga wanita disembunyikan di dalam bonet kenderaan itu.

"Kesemua Pati berusia 18 hingga 36 tahun dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

"Pemandu Nissan Teana berkenaan mengakui menerima upah sebanyak RM300 bagi setiap seorang Pati yang dibawa dari Kota Bharu ke Klang.

"Difahamkan, suspek menerima upah daripada individu yang dikenali dengan nama panggilan 'Pok Sey'," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut terhadap beg yang dipakai lelaki berkenaan menemui peralatan menghisap dadah serta satu plastik yang mengandungi 50 biji pil berwarna merah dipercayai pil kuda.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Atipsom 2007); Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63; Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Reman terhadap suspek warga tempatan selama 28 hari mengikut Seksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 manakala enam warga Myanmar selama 14 hari.

"Pihak polis mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang ramai berkaitan kes ini. Maklumat berkenaan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Afendi di talian 016-7252948," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dalam-bonet-kereta

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2022 03:58 PM | Show all posts
lorrr dh mcm seludup pati dr mexico ke us

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde ke forumer nk ulas pasal "bonet" tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh buat iklan kereta.

"Boot yg luas! Boleh membuatkan sehingga 3 perempuan myanmar! "
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 06:29 PM | Show all posts
Dah ramai kena cekup pun masih ada yang tak serik2 lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.633725 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list