CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 790|Reply: 1

[Tempatan] Nak Elak Dari Ditahan, Suspek 18 tahun Nekad Menyorok Dalam ‘Teddy Bear'.Netizen tertanya tanya bagaimana?

[Copy link]
Post time 12-8-2022 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 12-8-2022 12:07 AM

Polis berjaya menahan seorang remaja lelaki yang bersembunyi di dalam sebuah teddy bear gergasi selepas menyedari teddy bear tersebut bernafas, lapor Daily Mail.

Remaja dari Rochdale tersebut difahamkan telah besembunyi daripada pihak polis selepas mencuri sebuah kereta dan gagal membayar duit minyak pada bulan Mei lalu.

Semasa proses pencarian remaja itu dilakukan, pihak polis yang memasuki sebuah rumah terkejut apabila menemui sebuah teddy bear berukuran 5 kaki ‘bernafas’ sebelum mendapati bahawa suspek telah mengoyakkan patung tersebut dan menyorok di dalamnya.
Remaja tersebut telah dihadapkan di Mahkamah Majistret Manchester dan dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan bulan atas tiga kesalahan iaitu mencuri kereta, memandu semasa hilang kelayakan dan meninggalkan stesen minyak tanpa membayar.

Pegawai polis yang terlibat menceritakan situasi semasa mereka mendapati teddy bear tersebut kelihatan seperti bernafas.

Mereka menemui remaja tersebut yang bersembunyi di dalam teddy bear lalu menariknya keluar.

Remaja tersebut telah menjadi buruan polis sejak Mei selepas dia mencuri kereta jenis Mitsubishi ASX dan mencuri minyak di stesen minyak berhampiran.

Polis Rochdale turut mengeluarkan kenyataan mengenai kes itu di Facebook rasmi mereka


https://www.dailymail.co.uk/news/article-11099393/Teenager-wanted-stealing-car-hiding-TEDDY-BEAR-police.html?ito=social-twitter_mailonline

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2022 12:48 AM | Show all posts
Boleh ja kalau saiz teddy bear dah macam mascot sukan SEA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.060817 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list