CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4403|Reply: 47

[Tempatan] Sifu bisnes bertaraf jutawan sentap dengan soalan 'follower'...netizen tolong sekolahkan!

[Copy link]
Post time 12-8-2022 02:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 12-8-2022 02:29 PM

Seorang sifu bisnes terkemuka yang bertaraf jutawan dan mempunyai ribuan pengikut telah ditegur oleh seorang pengguna Facebook gara-gara gagal mengawal emosi ketika menjawab soalan.

Dalam satu siaran secara langsung di media sosialnya, dia telah ditanya dengan soalan — apakah bisnes yang telah terbukti berjaya dibuat olehnya selain dari mengadakan kursus mengajar bisnes untuk orang lain.



Tidak semena-mena, soalan itu membuatkannya seolah-olah melenting dan membalas kembali dengan persoalan yang membawa maksud seperti –‘kau bisnes apa?’, ‘kau dah berjaya ke?’, ‘kau ada ajar usahawan?’ yang diaju kembali kepada si penyoal tersebut.

Melalui akaun Facebooknya, Fdaus Ahmad kemudiannya telah membuat satu hantaran yang menegur tindakan sifu bisnes ini yang disifatkannya sebagai ‘tidak cerdik’.

Menurut hantarannya tersebut, dia menjelaskan bahawa soalan tersebut adalah soalan yang baik dan ia sepatutnya dijawab dengan tenang dan rileks.

Ujarnya lagi, sifu bisnes tersebut sepatutnya tidak melenting dan bersifat ‘kerek’ dengan menyindir dan memberi respon seperti ‘soalan bodoh’ dalam siaran langsung yang ditonton oleh ribuan pengikutnya.

Seolah-olah ingin ‘menyekolahkan’ lagi sifu bisnes ini, dia turut memberikan 2 set jawapan yang boleh digunakan sekiranya dia berada di tempat yang sama:

Pertama:

“Alaaa saya tak ada buat apa-apa bisnes pun awak…saya pandai guna air liur advise bisnes orang jeee. Tapi syukur laa ramai orang bisnes terima nasihat dan guidance saya dan mereka berjaya”

Kedua:

“Bagus soalan awak ni. Ok macam ni, saya memang tak ada real bisnes sendiri. Saya ni ibarat pensyarah di bidang kejuruteraan. Kerja saya siang malam hanyalah memberi syarahan kepada pelajar yang nak jadi jurutera. Saya bukan jurutera pun kan? Tapi ilmu yang saya bagi kepada student tu nanti akan menyediakan mereka menjadi jurutera yang hebat berbakti kepada masyarakat. Begitulah analoginya, get it?”

Menurutnya Fdaus Ahmad lagi, “Ni namanya art of diversion. Answering but not answering. Kemahiran berkomunikasi 101. Menjawab dengan amarah, panas hati, triggered menunjukkan emotional kita tak strong dan kita mudah masuk perangkap. Mungkin si penyoal memang nak uji sama ada kau triggered atau kau act cool bila dapat soalan soalan mencabar.”

Sifu bisnes tersebut turut digalakkan untuk mengikuti kelas “Bagaimana Ingin Menjadi Pengurus Emosi Yang Berjaya?” demi menjaga air muka dan reputasinya ketika berhadapan pressure audience di masa akan datang.

Mengakhiri hantarannya tersebut, Fdaus Ahmad berseloroh dengan menulis:

“Ok kelas Pengurusan Emosi ni rasanya aku boleh buat.

3 sesi RM999

early bird registration dapat 50% off, RM499 saja.

Jap nak setting onpay.”

Sumber

Sumber: Facebook Fdaus Ahmad, TikTok @farqhan.com




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2022 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam kes cik bunga nak beli barang,bila tak dilayan macam diva,terus declare duit banyak dari salesgirl..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jadi public figure memang kena pandai bermacam seni. Seni bercakap, seni berpakaian, seni etiket bila ke majlis dan lain-lain. Ada yang kena pegi sekolah untuk belajar seni-seni ni. Ada yang kau pick up bila dengan circle yang betul.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Assadok ni kan modal airlio mcm jijang semang tu kan
So what do you expect
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 02:50 PM | Show all posts
Edited by gekkou at 12-8-2022 02:52 PM

nama dia mmg assadok ke?
jibauk mana lah ni nk jadi sifu konon
soalan simple pun sentap
ramai plak pengikut tegar tu
colleague aku ada join sesi air liur jijang semang
atas alasan nk ilmu je
ku suruh p tgk youtube free bersepah consultant bertauliah yang legit bagi free je ilmu
tamau..katanya x feel x dgr live
hujung2 idok ada la berniaga nya pun

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebanyakan businesmen tak reti jadi mentor. Sebab dia langgar je macamana nak ajar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2022 02:55 PM | Show all posts
asadog mcm gay je
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 03:27 PM | Show all posts
Bagus ada juga org berani tanya. Suka jwpn yg dia cadangkan tu.

Menggelabah beruk pulak asadok bila org tanya ekk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2022 03:50 PM | Show all posts
Untunglah biz air liur. Baru nampak muka dia selama ni dengar suara dia aje. Muka cam budak2 nerd yg senang kena buli.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 04:08 PM | Show all posts
gang jijan seman
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 07:19 PM | Show all posts
mmg kuat sentap ass sodok ni,

sbb bodoh.. low IQ, takde jawapan so jd defensive


lg bodoh yg buta2 amek kelas berbayo  dgn org bodoh mcm ni

bodoh berganda2

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena tambah ilmu ko dek. Ilmu pendinding netizen. Kalau ko tanye balik kt hakak dek harus le hakak puihkan ko balik dik.. “hakak buat business hasil lendir yg x propa x pyh masuk kelas bagai”…
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 07:32 PM | Show all posts
bisnes air liur ni bak amik kesempatan atas orang lain je kekdahnya

suruh dorang run bisnes camana tengok

ni bisnes buat seminar caj gila2 mmg jutawan la ko dengan perdayakan orang dgn air liur ko ngn info ko yg free je kt google berlambak

fak in the ass to all these shit
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai nau mengaku sifu padahal menipu. Kawan skolah aku ada lah seketol dua cenggini, dedua pakai tudung ok, solat tak pernah, alasan depa bagi, tak boleh khusyuk.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sifu penipu




Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 08:53 PM | Show all posts
tanyala soalan tahap tinggi sket

kalau boleh jadi sifu bisnes jutawan, bila nak jadi sifu bisnes trillionaire?, kenapa tak motivasikan diri sebagai coach bisnes utk jadi 1st trillionaire dlm Malaysia?..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2022 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg x professional lgsg. Masa dia ajar yg coca cola byr consultNt utk botolkn air tu ramai org kata x betul. Pastu dia sentap.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Gang miki mouse kan dio
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Najib Asaddok ❌
Najib Terciduk ✔️
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni sifu lancau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.048899 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list