CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 309|Reply: 0

[Dunia] Ganjaran untuk tangkap ular

[Copy link]
Post time 12-8-2022 04:16 PM | Show all posts |Read mode
Ganjaran untuk tangkap ular


DEMONSTRASI cara menangkap ular sawa dengan selamat. FOTO AP


Tallahassee: Lebih 800 pemburu di Amerika Syarikat berentap untuk memenangi wang tunai AS$2,500 (RM11,101.25) bagi menangkap salah satu spesies ular terbesar di dunia.

Cabaran Python Florida, yang diadakan bermula 5 hingga 14 Ogos, menjemput peserta menangkap ular sawa Burma invasif dari kawasan awam negeri yang boleh membesar sehingga kira-kira enam meter.

Florida menawarkan hadiah wang tunai sehingga AS$2,500.

Hadiah tambahan akan diberikan kepada pemburu yang berjaya membawa keluar ular sawa terpanjang itu.

Bagi pemburu yang membunuh ular secara tidak berperikemanusiaan atau membunuh spesies bukan invasif akan dibatalkan kelayakan.

Ular sawa bertapak lama di seluruh Florida Selatan termasuk di Miami-Dade, Monroe dan Collier County terutama di dalam tanah lembap Everglades.

Peserta dibenarkan memburu di hartanah persendirian sepanjang tahun, namun sempena pertandingan itu penganjur hanya membuka lebih 1.5 juta ekar (0.6 hektar) tanah awam kepada bakal pemburu ular.

Sebagai spesies invasif, pemburu tidak perlu mendapatkan lesen untuk memburu ular sawa.

Bagaimanapun untuk mengambil bahagian dalam pertandingan itu, peserta perlu membayar yuran AS$25 (RM111.01) dan mengikuti kursus dalam talian untuk memastikan ular dibunuh dengan cara kemanusiaan.

Lebih 16,000 ular sawa 'dikeluarkan' sejak tahun 2000, namun ular itu masih sukar untuk dibuang sepenuhnya kerana seekor ular sawa betina boleh bertelur antara 50 hingga 100 biji telur pada satu-satu masa.

Menurut Suruhanjaya Ikan dan Hidupan Liar Florida (FWC), ular sawa memakan spesies terancam tempatan seperti tikus kayu.

Pada 2021, lebih 600 orang daripada 25 negeri menangkap 223 ular sawa dalam tempoh seminggu.

Namun, Cabaran Python hanyalah satu cara FWC cuba untuk menghapuskan ular dari Florida.

Suruhanjaya menubuhkan Peronda Ular Sawa, menyelaraskan talian hotline, malah memulakan latihan anjing pengesan untuk membantu mengesan ular itu.

"Ini semua adalah sebahagian daripada 'pendekatan pelbagai rupa untuk mengawal ular sawa merentasi landskap," kata FWC kepada MetroUK

Belanjawan Florida untuk tahun 2022 memperuntukkan AS$3 juta (RM13.32 juta) dana penyingkiran ular sawa.

SumbeR:https://www.hmetro.com.my/global ... -untuk-tangkap-ular

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.292358 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list