CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8927|Reply: 61

Golongan Wanita

[Copy link]
Post time 28-9-2010 03:11 PM | Show all posts |Read mode
SEMEMANGNYA sukar untuk mengenal hati budi
seseorang sama ada lelaki ataupun wanita
pada pertemuan pertama. Masa dan ruang amat
diperlukan untuk memahami perasaan dan
pandangan insan yang ingin didekati itu.

Tanpa komunikasi yang efektif, mungkin payah
untuk seseorang meramal sifat atau perangai
seseorang yang lain. Perbualan di telefon
bimbit, penghantaran mesej ringkas atau e-
mel sebenarnya belum cukup untuk memahami
soal sikap dan sifat.

Ramai pasangan kekasih mengalami kesukaran
seumpama ini pada awal perhubungan. Perasaan
bimbang dan curiga mungkin boleh timbul
apabila memikirkan tentang pilihan yang
hendak dibuat.
Pesona Kosmo! minggu ini memberi panduan
tentang beberapa sifat wanita untuk
dijadikan panduan lelaki. pada masa yang
sama, golongan wanita juga boleh
bermuhasabah diri melaluinya.


WANITA MANJA

Wanita yang bersifat manja sering dilihat
sebagai golongan yang suka bergantung harap
dan sentiasa mempunyai keinginan tinggi
untuk berkahwin. Apa yang lebih merisaukan
bagi wanita jenis ini adalah lelaki sukar
untuk mengenal pasti sifat sebenar mereka
apatah lagi untuk menjalin hubungan yang erat.

Pada awalnya, wanita ini akan berubah
apabila ditegur tentang perangai manja dan
sikap terlalu bergantung itu. Teguran
tersebut lantas membuatkan wanita ini
bersikap ultra berdikari demi membuktikan
sebaliknya.

Walau bagaimanapun, apabila wanita ini mula
menjalin hubungan dengan seseorang dan dia
berasa selamat didampingi, maka akan wujud
keperluan-keperluan lain yang perlu dipenuhi
si lelaki.

WANITA BENCI LELAKI
Kebanyakan lelaki gemar memberi peluang
kepada wanita jenis ini, malah berusaha
menjalin hubungan dengan mereka kerana
difikirkan lebih mencabar. Sifat wanita ini
yang jauh berbeza berbanding wanita lain
membuatkan lelaki mudah tertarik dengan
mereka.

Walau bagaimanapun, sifat mencabar dan
pemarah ini juga kadangkala membuat ramai
lelaki ragu-ragu meneruskan perhubungan yang
lebih jauh seperti berkahwin dengan mereka.
Lelaki hanya suka bergaul dengan wanita
jenis ini tanpa memikirkan sebarang
komitmen. Jelas, wanita ini bukan untuk
jangka masa panjang. Kalau ada pun, mungkin
hanya fikiran jahat untuk menjalin hubungan
asmara semata-mata.

Begitupun, wanita jenis ini memiliki sifat
bersaing yang tinggi dan kadangkala boleh
berkelakuan amat menggoda. Sebenarnya, sifat
yang ditonjolkan wanita jenis ini adalah
untuk melindungi dirinya daripada dilukai
oleh lelaki.

WANITA BERKERIER

Lazimnya, ramai beranggapan bahawa golongan
lelaki terancam dengan wanita berkarier atau
berjaya. Sebenarnya, lelaki bukan berasa
terancam untuk bersama wanita jenis ini.
Sebaliknya, lelaki beranggapan bahawa wanita
yang berjaya dalam kerjaya tidak memerlukan
dampingan lelaki.

Kebanyakan wanita yang memiliki karier yang
stabil telah pun membeli kereta dan rumah
untuk diri sendiri. Mereka juga mempunyai
kehidupan sosial yang menyeronokkan. Dalam
senario ini, kehadiran seseorang lelaki
dianggap tidak mampu memberi lebih daripada
apa yang mereka miliki. Namun, ramai juga
lelaki yang tertarik wanita jenis ini kerana
dari segi kewangan, tidak akan bergantung
sepenuhnya pada mereka.

Wanita banyak cakap

Mengikut perspektif lelaki, wanita yang
banyak bercakap mempunyai kelebihan dan
kekurangan. Ada persepsi yang mengatakan
wanita menggunakan lebih daripada 1,000
perkataan setiap hari berbanding golongan
lelaki. Namun, ia amat bergantung kepada
topik perbualan seseorang individu.

Misalnya, apabila ada topik mengenai sukan
maka lelaki lebih gemar berbincang tentang
perlawanan, para pemain dan keputusan
permainan. Sebaliknya, perbualan telah
bertukar kepada topik feminin, fesyen,
kosmetik dan kanak-kanak maka wanitalah yang
akan banyak berkata-kata.
Selalunya wanita dituduh dengan istilah
‘banyak cakap’ itu kerana mereka suka
berbicara tentang subjek yang digemari serta
ingin berkongsi. Itu tidak bermakna si dia
mulut murai.

Fikir-fikirkanlah..........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2010 10:16 AM | Show all posts
tatau tergolong dlm jenis wanita yg cmno
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 12:48 PM | Show all posts
tatau tergolong dlm jenis wanita yg cmno
cik_kiah Post at 3-10-2010 10:16


wanita banyak cakap....larikkkkkkkkkkkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 01:02 PM | Show all posts
errrr motipp rase takde termasuk dlm mane2 golongan kat atas?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 01:11 PM | Show all posts
apa yang nak difikirkan....?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 03:16 PM | Show all posts
errrrkkk....mcm x ckup kategori jah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2010 04:14 PM | Show all posts
camne plak golongan yg pemalu & penyegan a.k.a x byk cakap...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 04:35 PM | Show all posts
wanita banyak cakap....larikkkkkkkkkkkkk...
akula203 Post at 3-10-2010 12:48



    mohetip byk ckp


bekerjaya la bang..voley gitew
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2010 04:42 PM | Show all posts
wanita banyak cakap....larikkkkkkkkkkkkk...
akula203 Post at 3-10-2010 12:48



   ai banyak cakap
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 10:23 PM | Show all posts
mohetip byk ckp  


bekerjaya la bang..voley gitew
cik_kiah Post at 3-10-2010 16:35


belajar tak abis lg mana leh berkerjaya.....errr..aku rasa mmg tak cukup katagori la...kau tak termasuk dalam yg tertera diatas...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 10:24 PM | Show all posts
ai banyak cakap
cik.panda Post at 3-10-2010 16:42

ai loikeeee...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 10:34 PM | Show all posts
ai loikeeee...
akula203 Post at 3-10-2010 22:24



   adakah yu pendiam
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 10:38 PM | Show all posts
adakah yu pendiam
cik.panda Post at 3-10-2010 22:34


depends....jika dah selesa ai byk cakap jugak..tetapi ngan org baru kenal mmg la..amat pendiammm...tak tau nak membuka mulut nak mulakan perborakan..tp kalau org yg mulakan ..dan kalau topik tuh ai tau...byk la cakap jugak....errrr...that y...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 11:09 PM | Show all posts
Reply 13# akula203


   harap banyakkan cakap sikit supaya tak dikata membosankan
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 11:13 PM | Show all posts
Reply  akula203


   harap banyakkan cakap sikit supaya tak dikata membosankan
cik.panda Post at 3-10-2010 23:09


itu yg actually salah satu sebab ai punya confident level turun..ai akan rasa ai ni membosankan org lain..so itu yg tak berani nak cuba beramas mesra ..sbb takut kena sisihkan sbb ai membosankan...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 11:15 PM | Show all posts
Reply 15# akula203


   usaha tangga kejayaan











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2010 11:18 PM | Show all posts
Reply  akula203


   usaha tangga kejayaan
cik.panda Post at 3-10-2010 23:15


mmg betullll...usaha tangga kejayaan..tetapi usaha kena byk kali baru berjaya...tetapi kalau cuma diberi satu peluang jekkk...cam ne nak teruskan usaha.......pertama kali jumpa baru nak selesakan keadaan..tp dah kena rejek..cam ne nak teruskan usaha...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 11:32 PM | Show all posts
Reply 17# akula203


   mahap, ayat anda semacam ada maksud tersirat je care to explain?










Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 11:47 PM | Show all posts
Reply  akula203


   mahap, ayat anda semacam ada maksud tersirat je  care to explain?


...
cik.panda Post at 3-10-2010 23:32


..not dare to explain la...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 12:22 AM | Show all posts
..not dare to explain la...
akula203 Post at 3-10-2010 23:47



   takpe simpanlah utk diri sendiri ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.264869 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list