CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 792|Reply: 9

[Tempatan] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

[Copy link]
Post time 13-8-2022 01:25 AM | Show all posts |Read mode
Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup



TANGKAP layar memaparkan MPV membawa PATI bergesel dengan kenderaan polis selepas dikejar dalam kejadian di Gua Musang, Kelantan, semalam. -  MEDIA SOSIAL


  • Oleh AIMUNI TUAN LAH
  • 12 Ogos 2022, 12:39 pm















GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa padah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dipandunya ditahan polis semalam.

MPV yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun ditahan pada pukul 10 pagi berhampiran persimpangan lampu isyarat di bandar ini.

Ketua Polis daerah, Superintendan Sik Choon Foo berkata, sebelum kejadian itu, sepasukan anggota polis dari cawangan kereta peronda polis Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang membuat pemeriksaan snap check di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, berhampiran Kampung Lepan Jaya, di sini pada pukul 9.30 pagi.

Katanya, semasa sedang bertugas, anggota polis melihat sebuah Perodua Alza membuat pusingan U dalam keadaan mencurigakan apabila pemandunya bertindak memecut laju MPV itu arah ke bandar Gua Musang.

“Anggota bertugas t mengejar MPV itu yang memandu secara melulu dan berbahaya serta melanggar lampu isyarat jalan raya. Tidak cukup dengan itu, pemandu MPV turut bertindak melawan arus di hadapan  IPD Gua Musang semasa dikejar anggota bertugas.

“Selepas 30 km mengejar, kereta yang dinaiki suspek bergesel dengan kenderaan polis sebelum berhenti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, semasa proses tangkapan dijalankan berlaku pergelutan antara suspek dan anggota polis.

Katanya, suspek mengalami kecederaan luka kecil di bahagian bawah mata sebelah kanan, lebam di bahagian pipi kanan dan tapak tangan kiri manakala seorang anggota bertugas mengalami luka  pada tapak tangan serta lutut.

“Enam PATI warga Myanmar berusia dalam lingkungan 17 tahun hingga 26 tahun termasuk dua  wanita tidak mempunyai dokumen perjalanan sah yang menaiki kenderaan terbabit turut ditahan polis.

“Kita percaya suspek adalah seorang penyeludup PATI dan sebelum penahanan semalam, lelaki itu menjemput enam warga Myanmar berkenaan dari sempadan Rantau Panjang untuk dibawa ke Kuala Lumpur,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 26A Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959 dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2022 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Aik, yg kat Shah Alam tu pun 6 orang jugak?
Myanmar jugak? Thread dibukak oleh TT yg sama jugak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2022 03:27 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 12-8-2022 11:29 AM
che-cikL replied at 12-8-2022 10:18 AM
Aik, yg kat Shah Alam tu pun 6 orang jugak?
Myanmar jugak? Thread dibukak oleh TT yg sama jugak?

Dua kes yang berbeza ... wanita warga Myanmar ditempatkan dalam but kereta yang dinaiki bersama tiga lelaki warga sama dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Klang ditahan polis dalam SJR di Persiaran Tun Teja, Alam Impian, Shah Alam, Selangor.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 03:41 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 13-8-2022 03:27 AM
Dua kes yang berbeza ... wanita warga Myanmar ditempatkan dalam but kereta yang dinaiki bersama tig ...

Ya, TT... Noted.
Yg iols doubted awal tu sebab kadang2 reputs ni buat berita sembrono. Sebab 2 kes ni MO letak dlm boots sama, 6 org PATI Myanmar pun sama, point of departure sama, destination pun sama.

Duduk bertiga kat passenger seats pun boleh kematu. Ini kan pulak sumbat belakang dlm boot 6 orang pulak tu. Gila diorang ni

Iols sokong yg ada tulis dlm thread sebelah, elok dibuang negara je...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini yg dapat ditangkap.
Yg terlepas atau dilepaskan (under table money).....berapa ramai?
Yg masuk secara haram.....berapa ramai?
Yg dibawa masuk.....lagi lah ramai
Hancur Malaysia......hancur.. hancur
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Muak dah dgr cerita pati ni. Padahal berlambak jugak isu kemiskinan tegar. Dulu indon je.. sampai ada yg dah jadi menteri pun. Now myanmar@rohingya pulak. After 10-20 years generasi muka melayu malaysia downgrade muka indon jongos dan muka rohingya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2022 10:22 AM | Show all posts
batu kikir replied at 13-8-2022 09:23 AM
Ini yg dapat ditangkap.
Yg terlepas atau dilepaskan (under table money).....berapa ramai?
Yg masuk ...

Yang tengok sajer pn ramai...Report la...
under table @ x lain citer..

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 10:54 AM | Show all posts
Yg diluluskan kemasukan berpuluh ribu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2022 12:02 PM | Show all posts
Rajinnya buat kerja sekarang harap tak bersifat bermusim je
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Civic ketam kejar alza sampai 30km??? Takkan alza boleh tekan 200km/ jam..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.145826 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list