CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 602|Reply: 9

[Tempatan] Cadang bina litar perlumbaan drag di setiap negeri

[Copy link]
Post time 14-8-2022 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Cadang bina litar perlumbaan drag di setiap negeri [METROTV]



Kuala Nerus: Kerajaan bercadang untuk membina sebuah litar khusus bagi perlumbaan drag di setiap negeri dalam usaha memperkasakan program pembangunan sukan permotoran dalam negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, cadangan itu akan dimasukkan dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentang Oktober ini.

"Setakat ini sudah ada dua litar drag yang dibina iaitu di Terengganu dan Melaka," katanya ketika merasmikan Program RXZ Members 4.0 Tahun 2022 di Terengganu International Drag Strip di Gong Badak di sini, hari ini.

Beliau berkata, apabila litar itu siap, ia akan memberi peluang kepada golongan belia untuk membabitkan diri dengan lebih serius dalam sukan permotoran mengikut saluran yang betul.

Ismail Sabri juga menyeru golongan muda supaya menyertai MyFit@Motorsports 2022 iaitu program pembangunan permotoran peringkat akar umbi, melibatkan pembangunan sukan motosikal dan kereta yang dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan.

Ismail Sabri berkata, di bawah program itu, peserta berpeluang mendapat pendidikan melalui latihan, kursus dan klinik, sekali gus dapat mencungkil bakat atlet permotoran negara bagi menyertai kejohanan serta perlumbaan di peringkat negeri dan nasional.

Katanya, kerajaan akan sentiasa menyokong aktiviti kelab permotoran, terutama dalam menjayakan program amal bagi membantu rakyat yang ditimpa kesusahan seperti dilanda banjir, bagi mengurangkan aktiviti tidak sihat di jalanan.


ISMAIL Sabri (depan, tiga kanan) diiringi Ahmad Samsuri beramah mesra bersama peserta selepas merasmikan RXZ Member 4.0 2022. FOTO Ghazali Kori


"Pertubuhan berkaitan permotoran banyak melakukan aktiviti amal... Ketika banjir banyak kelab motor terlibat dengan kerja-kerja pembersihan rumah mangsa banjir.

"Mungkin boleh anjurkan (perhimpunan penunggang) setiap tahun dan kerajaan boleh beri penajaan… dapat ketengahkan minat anak-anak muda, dapat kurangkan tanggapan negatif terhadap penunggang yang dikaitkan dengan pelbagai nama seperti Mat Motor," katanya.

Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terbabit dalam penganjuran program yang menerima lebih 30,000 kunjungan peminat sukan permotoran di seluruh negara itu.

Pada perhimpunan itu penganjur turut menawarkan hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah motosikal Yamaha R1 1000cc bernilai RM135,000 serta dua buah Yamaha RXZ bernilai RM60,000.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... tiap-negeri-metrotv


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2022 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
RuPaul's drag race ke

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
drag race ni ape? acara berlumba sape paling hebat memondan ke atau pondan2 berlumba moto
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Projek2 memenangi hati mat rempit sempena PRU. Berawalan golongan ini cukup marah kena tahan polis sebab mereka tiada tempat nak rempit secara halal ( konon walhal lesen pun tiada ,safety moto pun Tak ikut spec)
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
ayaq tadak..api(letrik) tadak....tiber ko nk buat litar lumba la plak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 08:30 PM | Show all posts
takleh imagine lumba drag motor bertukar pertandingan ratu drag...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2022 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat acara x de faedah langsung. Mat2 motor smlm bersepah langgar undang2 jlnraya. Dah dgn geng2 depa naik hantu lah. Langgar lampu isyarat, suka2 uturn kt tempat salah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah kalau ada litar
Idok ler deme merempit atas jalan nyusahkan mengkomer

Cuma nak tanya
Dari zaman Mukhriz dulu dah janji nak buat litar
Ate nye sampai sekarang
Ghoper palang litar pun takde

Ape citaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2022 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak PRU sanggup lah turun jumpa anak2 muda dan berjanji lagi....mana lagi utama sediakan trak atau sediakan peluang pekerjaan dan tempat niaga yg memudahkan rakyat?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Drag race what??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.156573 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list