View: 878|Reply: 8
|
[Dunia]
Boris Johnson kembali jadi wartawan
[Copy link]
|
|
LONDON: Bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dilaporkan mencari sumber pendapatan baharu dengan kembali ke dalam bidang kewartawanan selepas meletak jawatan dan meninggalkan pejabatnya di Downing Street.
Lapor The Guardian yang memetik pelbagai sumber di Daily Mail, beliau ditawarkan menulis dalam ruangan akhbar itu apabila meninggalkan Pejabat Perdana Menteri.
Terdapat spekulasi Johnson bersedia memberikan pengiktirafan kepada Ketua Pengarang Syarikat Daily Mail, Paul Dacre, menerusi senarai penghormatan peletakan jawatannya.
“Ini boleh membantu menenangkan Dacre, selepas Johnson gagal memastikan Dacre mengendalikan media Ofcom.
“Pada masa sama, perdana menteri sedang mencari sumber pendapatan baharu memandangkan gajinya akan dikurangkan sebanyak 84,000 pound sterling (RM453,000) selepas meninggalkan pejabat dan berdepan kos perceraian yang mahal serta menanggung ramai anak,” kata laporan itu.
Bagaimanapun, jurucakap di Daily Mail tidak memberi maklum balas, manakala Downing Street enggan mengulas sama ada Johnson telah ditawarkan jawatan di syarikat akhbar itu.
Tiga hari sebelum Johnson menjadi Perdana Menteri, artikel terakhirnya yang diterbitkan pada 21 Julai 2019 dalam Daily Telegraph bertajuk ‘seruan untuk Britain mengambil iktibar daripada pendaratan di bulan 1969’ dan merangkul ‘semangat boleh buat’ semasa melaksanakan Brexit.
Beliau mempunyai hubungan yang akrab dengan Daily Telegraph sepanjang kerjaya politiknya, malah dilaporkan menjana pendapatan sebanyak 275,000 pound sterling (RM1.48 juta) untuk menulis selama 10 jam sebulan dalam ruangan akhbar mingguan.
Bagaimanapun, akhbar itu menjadi semakin suram selepas beliau terpalit skandal partygate.
Johnson dilaporkan perlu mencari ‘rumah baharu’ jika mahu kembali ke kerjaya asalnya sebagai wartawan.
Johnson pernah bekerja sebagai wartawan The Times pada 1987 tetapi dipecat kerana terbukti memalsukan kenyataan sumbernya.
Beliau juga bekerja sebagai koresponden di The Daily Telegraph pada 1989 sebelum menceburi bidang politik.
Pada Julai lalu, Johnson mengumumkan peletakan jawatan sebagai pemimpin negara ini dan Parti Konservatif selepas didesak ramai pihak.
30 ahli Parlimen dalam Kabinet pimpinan Johnson turut meletak jawatan dan beliau didesak melepaskan kedudukannya secara bermaruah atau berdepan usul undi tidak percaya.
https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/08/boris-johnson-kembali-jadi-wartawan/ |
|
|
|
|
|
|
|
Oh jadi PM tidak kaya rupa nya... Tidak seperti di negara lain... Presidents.. PMs..apabila sudah habis term or resign masih sibuk ber politic sehingga ke kubur.... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-8-2022 08:06 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Boleh tulis buku kalau nak…kemudian boleh buat filem…The PM with the Messy Hair |
|
|
|
|
|
|
|
Boris johnson silap besar, sepatutnya dulu dia mohon jwtn piem kt msia, billion2 masuk acc sampai klh kes pun tetap kena jilat pencacai |
|
|
|
|
|
|
|
Nak bagi makan kat baby dan gf lagi. Kenalah kerja. Takkan nk harap duit simpanan jota2 hidup goyang kaki
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu la siapa suruh tak lompat. Eh... kat sana ada ka politicians main lompat2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ruginya tak curi duit waktu ada kuasa mcm seorang pemimpin islam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu la silap.. tak buat 1MDB. Kalau tidak dah boleh cekau puluh juta lepas tu ko salahkan lah hakim tu. Why bother.. why bother |
|
|
|
|
|
|
| |
|