CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 404|Reply: 0

[Kedah] Pemilik syarikat mengaku palsukan penyata bank

[Copy link]
Post time 15-8-2022 04:06 PM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR: Dua pemilik syarikat masing-masing didenda RM100,000 dan RM50,000 di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan memalsukan dokumen dalam permohonan tender pembersihan.

Mohd Rumzan Othman, 68, dan Anuar Abdul Aziz, 39, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa secara berasingan di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Rumzan didakwa secara curang menggunakan dokumen palsu penyata akaun Maybank Islamic milik syarikat MRR Enterprise bagi Oktober hingga Disember 2018 dalam mendapatkan tender projek.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat E-Idaman Sdn Bhd di sini, antara 16 hingga 22 Januari 2019.


Bagi pertuduhan kedua, Mohd Rumzan didakwa secara curang menggunakan dokumen palsu penyata akaun Maybank Islamic milik syarikat Hanna Niaga Enterprise bagi Oktober hingga Disember 2018 dalam permohonan tender pembersihan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Wisma Idaman, Environment Idaman (Kedah & Perlis) pada 19 Januari 2019.

Dalam kertas pertuduhan berasingan, Anuar didakwa secara curang menggunakan dokumen palsu penyata akaun CIMB milik syarikat LJ Maju Sdn Bhd bagi Oktober hingga Disember 2018 dalam permohonan tender pembersihan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Wisma Idaman, Environment Idaman (Kedah & Perlis) pada 21 Januari 2019.

Bagi semua pertuduhan itu, kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rehab Abdul Shukur, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohd Rumzan dalam rayuannya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan berikutan tidak lagi bekerja dan bergantung kepada wang pemberian anaknya bagi menyara kehidupan, manakala Anuar masih menyara isteri dan empat anak kecil.

Harmi kemudian memutuskan kedua-dua tertuduh dijatuhkan hukuman denda RM50,000 bagi setiap pertuduhan atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Kedua-dua tertuduh kemudian membayar denda berkenaan di kaunter Kompleks Mahkamah Alor Setar.
https://www.bharian.com.my/berit ... lsukan-penyata-bank

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.048990 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list