Sumber Beautiful Nara
Dua tahun sepi tanpa sebarang aktiviti, sebuah program permotoran, RXZ Member 4.0 2022 telah dianjurkan dan berlangsung di Kompleks Sukan Gong Badak, Terengganu dan dipercayai kira-kira 30,000 hadir ke acara tersebut.
Bagaimanapun, kemeriahan program tersebut 'dicemari' dengan sikap tidak bertanggung jawab segelintir pengunjung yang membiarkan sampah sarap mereka memenuhi lokasi berkenaan sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.
Gara-gara perbuatan tersebut, petugas pembersihan terpaksa berkumpul di lokasi terbabit bagi memastikan kesemua sampah sarap yang ditinggalkan oleh pengunjung dikutip sepenuhnya. -CARI
Sumber FB Bernama
Memetik perkongsian Bernama, perbuatan sedemikian mencerminkan tahap kesedaran masyarakat Malaysia terhadap kebersihan alam sekitar yang masih belum 'merdeka' kerana sentiasa mengharapkan pekerja pembersihan mengutip sampah dan sisa makanan serta minuman mereka.
Sikap mementingkan diri seperti ini tidak hanya akan menyusahkan diri sendiri tetapi juga bakal menjejaskan kehidupan orang lain sekiranya tabiat buruk tersebut tidak diubah.
Malahan, ia juga akan menjejaskan pihak penganjur yang sukar untuk mendapatkan lokasi bagi menganjurkan program seumpama ini pada masa hadapan.
Sumber FB Bernama
Meninjau di ruangan komen, rata-rata ramai yang mengecam tindakan segelintir pengunjung yang meninggalkan sampah sarap mereka tanpa rasa bersalah dan menyerahkan sepenuhnya tugas membersihkan kawasan itu kepada pekerja pembersihan.
Namun, ada juga komen yang menyalahkan pihak penganjur kerana tidak menyediakan tong sampah yang mencukupi untuk memudahkan pengunjung membuang sampah sarap mereka selain sentiasa mengingatkan dari masa ke masa agar tidak membuang sisa makanan dan minuman mereka merata-rata.
Hakikatnya, tanggung jawab menjaga kebersihan bukan hanya digalas oleh petugas pembersihan tetapi harus ditanam dalam diri setiap individu.
Sumber FB Bernama
|