View: 773|Reply: 0
|
[Dunia]
Thailand lapor kes kelima cacar monyet
[Copy link]
|
|
Thailand lapor kes kelima cacar monyet
Gambar hiasan. - Foto AFP
BANGKOK: Seorang wanita tempatan berusia 25 tahun disahkan pesakit terbaru cacar monyet di Thailand, meningkatkan jumlah kes setakat ini kepada lima orang.
Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Opas Karnkawinpong, berkata wanita itu mempunyai sejarah perjalanan ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan dipercayai dijangkiti sebelum tiba di sini.
"Wanita itu mengalami gejala sebelum tiba di Thailand.
"Setibanya di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, wanita itu dikesan mengalami simptom ketara dan ruam di badannya. Dia kemudiannya dibawa ke hospital.
"Ujian makmal mengesahkan wanita itu positif cacar monyet," katanya.
Pihak berkuasa kesihatan mengenal pasti dua penumpang warga asing yang duduk bersebelahan wanita itu dan sudah dikategori sebagai kontak rapat.
"Pegawai kesihatan sedang mengesan penumpang itu dalam usaha membendung penularan cacar monyet," katanya.
Thailand melaporkan kes pertama cacar monyet membabitkan seorang warga Nigeria berusia 27 tahun di Phuket, pada 18 Julai.
Bagaimanapun, lelaki itu melarikan diri selepas dimaklumkan keputusan ujiannya.
Dia kemudiannya ditemui di Phnom Penh dan dirawat di hospital. - BERNAMA
Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia ... kelima-cacar-monyet
|
|
|
|
|
|
|
| |
|