CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 493|Reply: 5

[Pulau Pinang] Gerai nasi ayam, itik sudah dua hari tutup

[Copy link]
Post time 16-8-2022 04:19 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video tular mendakwa peniaga gerai mendapatkan bekalan daripada restoran bukan Islam.

Bayan Lepas: Gerai nasi ayam dan itik di Sungai Ara yang didakwa mendapatkan bekalan daripada restoran orang bukan Islam sudah tidak beroperasi sejak dua hari lalu.

Peniaga berdekatan yang mahu dikenali Ahmad, 60-an, ketika ditemui berkata, kali terakhir dia melihat peniaga gerai tular itu pada tengah hari, Ahad lalu.

"Gerai itu sudah dua hari tidak beroperasi dan diharap mereka tidak menjual makanan itu sehingga siasatan selesai," katanya yang memberitahu gerai berkenaan beroperasi antara 11 pagi hingga 2 petang setiap hari.


Menurut Ahmad, dia mengetahui khabar angin mengenai perkara itu beberapa hari sebelum kejadian dan bertanyakan hal terbabit kepada peniaga berkenaan untuk kepastian.

"Saya pernah lihat peniaga itu memandu pacuan empat roda milik peniaga restoran bukan Islam di Paya Terubong itu dan di bahagian belakangnya berisi ayam mentah.

"Apabila ditanya, dia mendakwa hanya memandu kereta berkenaan dan selepas itu, dia beredar dengan kenderaan sama," katanya.

Dakwanya, masih ada pelanggan yang mahu membeli nasi ayam dan itik di gerai itu walaupun selepas ditutup Ahad lalu.

Tinjauan Harian Metro di gerai berkenaan tidak beroperasi dan kebanyakan peniaga serta pengunjung kawasan perniagaan berkenaan mengetahui mengenai video tular itu.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) masih menyiasat perkara itu dan turun padang mengumpul lebih banyak maklumat.

"Tindakan ini membabitkan etika dalam urusan jual beli sekiranya terdapat elemen penipuan, tindakan boleh diambil," katanya ketika dihubungi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... udah-dua-hari-tutup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2022 09:30 PM | Show all posts
ader video ke...tepek sat
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 10:04 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 10:07 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 12:11 AM | Show all posts
tq mods

btw saper yg telah ter'makan' disini sila mengaku....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 12:30 AM | Show all posts
musangbodoh replied at 17-8-2022 12:11 AM
tq mods

btw saper yg telah ter'makan' disini sila mengaku....

wc. senang je cari kt utube.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.199712 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list