View: 421|Reply: 1
|
[Pulau Pinang]
Ulang-alik tunggang motosikal sejauh 160 kilometer berbaloi
[Copy link]
|
|

MOHD Fazli (kiri) dianugerahkan Anugerah Ketua Pengarah dan Mohamad Adib Syazwan menerima Anugerah Usahawan ketika Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai (PSP), Bukit Mertajam. FOTO Nur Izzati Mohamad
Bukit Mertajam: Kegigihan seorang pembantu tadbir yang berkhidmat di Penjara Taiping, Perak berulang-alik menunggang motosikal sejauh 160 kilometer (km) ke Kolej Komuniti Nibong Tebal, Pulau Pinang berbaloi apabila menerima Anugerah Ketua Pengarah sempena majlis konvokesyen kolej berkenaan di Politeknik Seberang Perai (PSP), di sini.
Mohd Fazli Sahak @ Ishak,40, berkata dia mengambil keputusan untuk menyambung pengajian secara sepenuh masa menerusi program tajaan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang tidak terhad kepada mana-mana kursus.
Katanya, peluang itu diambil untuk memajukan diri sekali gus memilih kursus dalam bidang kulinari pada Disember 2019 walaupun terpaksa berulang-alik menunggang motosikal ke kolej.
"Pada mulanya saya berulang-alik menaiki tren (komuter), namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan tren tidak beroperasi, saya berulang-alik dengan menunggang motosikal dengan jarak sejauh 160 km.
"Saya tidak menjadikannya sebagai halangan kerana memang meminati bidang kulinari dan merancang untuk membuka sebuah kafe bersama isteri," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.
Bapa kepada seorang anak itu berkata, dia bersyukur penat lelahnya terbayar apabila berjaya tamat mengikuti kursus itu, selain dianugerahkan pengiktirafan tertinggi.
Dalam majlis konvokesyen itu, seramai 11 graduan menerima Diploma manakala 417 graduan menerima sijil yang disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Zainab Ahmad.
Sementara itu, Mohamad Adib Syazwan Mohamad Iseroki, 22, yang menerima Anugerah Usahawan mahu membuka sebuah lagi cawangan kedai kek bagi memajukan perniagaannya.
Mohamad Adib mengikuti kursus dalam bidang pastri di Kolej Komuniti Tasek Gelugor dan ketika pembelajarannya dia sudah membuka kedai jualan kek di kawasan rumahnya di Baling, Kedah.
"Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya terus memilih untuk mengikuti kursus di kolej komuniti dalam bidang pastri kerana minat mendalam dalam menghasilkan kek dan biskut.
"Bahkan arwah ayah menghadiahkan saya sebuah ketuhar bagi mendokong minat saya sebelum dia meninggal dunia.
"Kini, saya akan terus memajukan perniagaan dengan membuka cawangan baharu dan akan menggunakan apa yang dipelajari di kolej komuniti sebagai panduan untuk pergi lebih jauh," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kilometer-berbaloi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|