CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 368|Reply: 1

[Pulau Pinang] Pekerja kontraktor maut dihempap paip

[Copy link]
Post time 5-9-2022 10:52 PM | Show all posts |Read mode
Pekerja kontraktor maut dihempap paip

Oleh Nur Izzati Mohamad - September 5, 2022 @ 8:53pm  [email protected]





JKKP Pulau Pinang mengeluarkan notis larangan dan menyita sebuah tapak pembinaan di Taman Perindustrian Batu Kawan susulan insiden maut yang menimpa seorang pekerja kontraktor lelaki warga Bangladesh, semalam. - Foto ihsan JKKP Pulau Pinang




SEBERANG PERAI: Seorang pekerja kontraktor lelaki maut, dipercayai akibat dihempap paip pemercik (sprinkler) ketika melakukan kerja pemasangan sistem pemadam kebakaran pada bangunan masih dalam pembinaan di Taman Perindustrian Batu Kawan, semalam.

Dalam insiden kira-kira jam 12 tengah hari, mangsa warga Bangladesh itu dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Susulan itu, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang mengeluarkan notis larangan ke atas tapak pembinaan terbabit supaya memberhentikan operasi, pada hari sama.

Menurut Pejabat Pengarah JKKP negeri, sepasukan pegawai penyiasat agensi itu bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan selepas menerima maklumat berhubung kemalangan terbabit.

"Mangsa dikatakan dihempap paip pemercik yang disandarkan pada 'scissor lift' (peralatan pengangkat) sebelum ia jatuh secara tiba-tiba lalu mengenai kepalanya.

"Berikutan itu, mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, selain mengeluarkan notis larangan, pihak JKKP negeri turut menyita lokasi kejadian dengan serta-merta untuk siasatan lanjut.

"Tindakan perundangan akan diambil sekiranya terdapat pelanggaran peraturan bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, ke atas pihak yang bertanggungjawab," katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2022 08:39 AM | Show all posts
Besar betul paip tersebut, salam takziah kepada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.310254 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list