CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3492|Reply: 51

Meraunglah Peminat Malaysia, Justin Bieber Batal Konsert

  [Copy link]
Post time 7-9-2022 03:52 PM | Show all posts |Read mode
Bintang pop terkenal, Justin Bieber mengumumkan pembatalan siri jelajah dunia, Justice World Tour yang masih berbaki termasuk di beberapa negara Asia, termasuk di Malaysia.


Bieber mengumumkan perkara tersebut menerusi hantaran terbaharu dalam Instagramnya pagi tadi.


Bieber yang baru mementaskan konsert di Brazil baru-baru ini memberitahu, keputusan menamatkan siri jelajah tersebut dibuat selepas menyedari kesan buruk terhadap kesihatan, terutama usaha memulihkan masalah kelumpuhan wajah yang dihadapi.


Foto: IG




“Awal tahun ini, saya umumkan perjuangan melawan sindrom Ramsay Hunt yang mengakibatkan sebahagian daripada muka saya lumpuh.


“Berikutan itu, saya tidak dapat menghabiskan siri jelajah, Justice World Tour di Amerika Utara.




  



“Bagaimanapun, selepas berehat dan mendapatkan nasihat doktor, saya sambung siri jelajah di Eropah dan mementaskan enam konsert yang akhirnya memberi kesan buruk kepada saya.


“Hujung minggu lalu, saya sudah beraksi di Festival Rock In Rio dan memberi segala-galanya kepada peminat di Brazil,” tulisnya.




  



Pada masa sama, Bieber mengakui keletihan mementaskan konsert mendorong dirinya untuk kembali memberi keutamaan serta memfokuskan kepada kesihatannya kini.


“Sehubungan itu, saya akan berhenti daripada beraksi dalam konsert buat sementara waktu.


“Saya akan okey tetapi perlukan masa untuk berehat dan pulihkan kesihatan semula. Terima kasih atas doa dan sokongan anda selama ini,” katanya lagi.


  



Awal bulan ini, Bieber dilihat mula beraksi membuat persembahan pentas buat kali pertama pada Festival Musim Panas di Itali, selepas dua bulan berehat.


Mengikut perancangan, siri jelajah Justice World Tour akan bersambung di Afrika Selatan, Asia Barat, Asia, Australia dan New Zealand sebelum kembali ke Eropah, antara Januari hingga Mac tahun depan.


  



Peminat di Malaysia sepatutnya berpeluang menyaksikan persembahan Bieber pada konsert yang akan dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bulan depan. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2022 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenape teruk sgt immune system dia.. lama nya nak sembuh kayap
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 04:03 PM | Show all posts
meraung la promoter nak refund semula duit orang
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 04:11 PM | Show all posts
iols tunggu the weekend
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 04:13 PM | Show all posts
Ada hikmah rupanya aku xdapat tiket aritu
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Membongak aje JB ni
Elok aje dia bercuti dengan bini dia kat Europe last weekend
Siap shirtless ronda2 tunjuk muka
Takde pun senget2
Elok aje makan bercakap berciom
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2022 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by applemy at 7-9-2022 04:21 PM

Kesian pada peminat bieber dah banyak invest uwang & justin himself belum baik betul2 nampaknya.. ai wish him get well soon

Nasib ai x minat bieber.. Ai tetap setia pada Nekdonna yg terus unggul di usia senja beliau.. Masih terkezut Nekdonna mampu raih no. 1 itunes album chart hari tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
hobi dia memang suka cancel concert kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2022 04:32 PM | Show all posts
suka lah setazah semak harun
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 04:36 PM | Show all posts
she replied at 7-9-2022 08:13 AM
Membongak aje JB ni
Elok aje dia bercuti dengan bini dia kat Europe last weekend
Siap shirtless rond ...

dia dah sembuh la dari ramsay hunt.
issue sekarang ni aftereffect which is kacau dia punya health. tak dapat perform well. cepat letih, semput. suara pun ke lautttt.
kang kalau tak perform 100% out, korang jugak yang complain membebel tiket mahal2 tp tak perform bla bla bla..

so, bagus aje cancel.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 04:37 PM | Show all posts
ezacbee replied at 7-9-2022 04:13 PM
Ada hikmah rupanya aku xdapat tiket aritu

Tak pernah beli tiket, tiada masalah.. Selamat sikit duit.. Daripada beli sebarang tiket konsert baik guna duit untuk keperluan lain yang lebih mendesak..

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sajatt mana sajatt tak nak komen ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 04:38 PM | Show all posts
hahaha sian retis2 n influencers yang dah beli tiket ribu2 rm
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
ayukpingu replied at 7-9-2022 04:36 PM
dia dah sembuh la dari ramsay hunt.
issue sekarang ni aftereffect which is kacau dia punya health. ...

Ini bukan pertama kali dia cancel nyahhhh
Before2 sebelum sakit or pandemik pun dia dah buat benda yang sama
Dia ikut mood dia
Kalau rasa dia happy dia buat
Kalau dia ada prob sikit merajuk dengan wife ke fans ke
Dia cancel terus
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 04:44 PM | Show all posts
she replied at 7-9-2022 08:41 AM
Ini bukan pertama kali dia cancel nyahhhh
Before2 sebelum sakit or pandemik pun dia dah buat benda ...

yes..i know.

i cuma betulkan ayat u yang ini je :

"Takde pun senget2
Elok aje makan bercakap berciom"


Dia actually dah sembuh. dalaman je la belum fully recover.




Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ayukpingu replied at 7-9-2022 04:44 PM
yes..i know.

i cuma betulkan ayat u yang ini je :

Owh i seeee
Baik2 mekasihhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2022 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Not to worry guyzzzzz....

Konsert faztival pazzpizzpuzz nyambek patah almulk....adala as good if not better...cepat dapatkheun tiket....sellung out fast....dengar update terkini hanya tempwt duduk dalam tandas yg masih tinggal......











Wakahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 04:51 PM | Show all posts
belieber semua dah nangis tepi bucu katil ke skang ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Berkat perjuangan Pemuda Pas..nanti adalah komen macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 05:44 PM | Show all posts
Meroyan ummah di twidder lepas tau kena cancel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.344134 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list