Sebelum ini timbul spekulasi mengatakan rumahtangga usahawan, Noor Nabila dan suaminya Engku Emran sedang bergolak. Netizen tertanya-tanya status pernikahan mereka selepas gambar Engku Emran termasuk gambar kahwin tiada di Instagram isterinya.Ternyata dakwaan itu hanyalah palsu apabila asangan itu baik-baik sahaja dan jodoh mereka masih kuat. Menurut Nabila dia memadam gambar bersama suami kerana merajuk.
[size=1.6]Alhamdulillah, jodoh kami masih kuat. Kami masih bersama. Doakan kami. [size=1.6]Biasalah dalam perkahwinan ada turun naik. Waktu itu saya tengah geram. Saya tak buang pun gambar, tapi ‘archive’ saja. Macam tulah.
Kata kakak kepada Neelofa ini, dia sebenarnya sedar tindakannya itu akan menjadi bualan netizen dan media. Tetapi biasalah, ada kalanya wanita akan bertindak tanpa berfikir kerana terlalu emosi.
[size=1.6]Cuma bila kita jadi perhatian, perkara kecil pun menjadi besar. Padahal semua perempuan pun kalau gaduh perkara pertama dia akan buat (padam gambar). Saya merajuk lama tau.
Jelasnya, sudah menjadi adat dalam rumah tangga ada pasang dan surutnya. Dia hanya mengabaikan orang-orang yang menilai kerana dia tak mampu memuaskan hati semua orang. Terdahulu, tular di TikTok video memaparkan pasangan ini hadir ke majlis perkahwinan pakar pelaburan saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan dan Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari.
|