CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 937|Reply: 0

CX bakal gegar Malaysia

[Copy link]
Post time 14-9-2022 11:10 AM | Show all posts |Read mode

CX sudah terkenal di negara-negara barat. FOTO Agensi

Kuala Lumpur: Cyclocross atau lebih dikenali dengan nama singkatan CX bakal dianjurkan buat kali pertama di Malaysia membabitkan tiga siri perlumbaan tempatan dan diakhiri satu saingan peringkat antarabangsa.

Perlumbaan berbasikal yang unik dan mencabar ini bakal dianjurkan oleh Persatuan Rakan Promosi Pelancongan Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) membabitkan enam kategori.

Menurut Ketua Pegawai Operasi (COO) kejohanan, Mohd Amrin Zairy Adham, CX adalah gabungan tiga disiplin utama berbasikal dalam satu masa iaitu basikal bukit, basikal lebuh raya dan merentas halangan.


"Umumnya, CX lebih dianjurkan di negara-negara barat seperti di Eropah dan Amerika Syarikat sekitar bulan Oktober hingga Februari setiap tahun mengikut kalendar pertandingan dalam siri dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

"Bagaimanapun, kali ini komuniti CX di Malaysia berpeluang untuk mempamerkan kemahiran dan kemampuan masing-masing dengan menyertai tiga siri perlumbaan Perak, Putrajaya dan Pahang.

"Ia merangkumi halangan semula jadi, bentuk permukaan muka bumi serta laluan teknikal yang pastinya mencabar, memberi kepuasan serta pengalaman unik kepada para peserta dan juga penonton," kata Amrin.

Katanya dengan penganjuran tiga siri utama kejohanan ini, ia bakal membuka peluang kepada pelumba tempatan dan antarabangsa untuk mengambil bahagian selain menjadi satu acara promosi kepada sektor pelancongan melalui sukan di Malaysia khususnya pelancongan negeri yang menjadi tuan rumah.

Saingan CX akan bermula dengan siri 1 pada 22 dan 23 Oktober depan di Gunung Lang, Ipoh, manakala Siri 2 pula dijalankan pada 26 dan 27 November di Padang Semarak, Wetland, Putrajaya dan Siri 3 dan Grand Final berlangsung pada 17 Disember.

Pada masa yang sama, bagi mengetengahkan penganjuran Cyclocross ini di peringkat antarabangsa, satu saingan khusus akan dianjurkan iaitu Malaysia International Cyclocross Championship yang akan berlangsung pada 18 Disember 2022 juga di Taman Awam Bera.

Antara kategori yang dipertandingkan ialah Lelaki Bawah 23 tahun, Lelaki Terbuka, Lelaki Master, Wanita Terbuka dan dua acara khas MTB Terbuka Lelaki serta MTB Terbuka Wanita.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... akal-gegar-malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.070492 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list