CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 375|Reply: 2

Pengantin Tandatangan Kontrak Benarkan Suami Main Kriket Lepas Kahwin

[Copy link]
Post time 14-9-2022 05:30 PM | Show all posts |Read mode
Pengantin wanita diminta menandatangani kontrak disediakan suaminya bagi menetapkan syarat kebenaran kepadanya untuk bermain kriket pada hujung minggu meskipun selepas berkahwin.


India Today melaporkan, Hariprasad yang merupakan seorang profesor sebuah kolej swasta di bandar Theni, melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis bernama Pooja pada Ahad lalu.




Pooja menurunkan tandatangannya pada kontrak tersebut sebagai tanda bersetuju dengan syarat itu. – India Today





Ketika majlis berlangsung, rakan-rakan Hariprasad membawa sekeping dokumen kontrak untuk ditandatangani Pooja sebelum mengahwini lelaki tersebut.


“Saya, Pooja, dengan ini membenarkan Hariprasad untuk bermain kriket pada hari Sabtu dan Ahad untuk pasukan SuperStar Cricket,” demikian menurut ikrar pada kontrak tersebut.


Pengantin perempuan yang pada awalnya terkejut kemudian menurunkan tandatangan sambil disambut dengan kelegaan oleh rakan-rakan suaminya.


Hariprasad merupakan seorang peminat sukan kriket yang turut menjadi kapten bagi pasukan SuperStar Cricket.


Idea untuk menulis kontrak tersebut dicadangkan oleh rakan-rakannya bagi memastikan Hariprasad tidak berdepan sebarang halangan untuk meneruskan minatnya selepas berkahwin.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2022 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni barulah. Brothers for life.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayoyo amma appa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.067248 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list