CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 532|Reply: 1

[Tempatan] Kit Siang sifatkan Samy Vellu pejuang

[Copy link]
Post time 15-9-2022 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Kit Siang sifatkan Samy Vellu pejuang


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat jenazah Tun Dr S Samy Vellu yang meninggal dunia di kediamannya di Sentul, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim


KUALA LUMPUR: Veteran DAP, Lim Kit Siang menyifatkan Tun Dr S Samy Vellu sebagai tokoh pejuang yang hebat.

Menceritakan pengalaman dengan bekas Presiden MIC itu, Kit Siang berkata ada kejadian yang pernah berlaku terhadapnya disebabkan Samy Vellu.

Bagaimanapun Kit Siang mengakui tidak timbul perkelahian antara beliau dan bekas Menteri Kerja Raya itu.

"Walaupun Samy Vellu bertanggungjawab menyebabkan saya digantung selama tujuh bulan dari Parlimen pada 1992, tidak ada perbalahan peribadi di antara kami berdua kerana kami sentiasa menghormati antara satu sama lain.

"Samy Vellu adalah seorang pejuang yang hebat dan Malaysia telah kehilangan seorang lagi anaknya yang hebat dengan pemergiannya. Berehatlah dengan aman," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Samy Vellu menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di ibu negara awal pagi tadi, pada usia 86 tahun.

Mendiang memimpin MIC selama 31 tahun daripada 1979 hingga 2010. Beliau juga antara menteri Kabinet paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun.

Pernah dilantik sebagai Menteri Kerja Raya Dari 1983 hingga 1989 dan 1995 hingga 2008, selain pernah bergelar Ahli Parlimen Sungai Siput dari 1974 hingga 2008.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -samy-vellu-pejuang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2022 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo meninggai kat msia
Takziah utk kuarge
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.428138 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list