CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 965|Reply: 0

Zarith mahu tambah kilauan emas

[Copy link]
Post time 18-9-2022 11:55 AM | Show all posts |Read mode

Gimnas Pulau Pinang, Zarith Imaan Khalid. - Foto The Gymternet

KUALA LUMPUR: Emas dalam acara all around sudah berada dalam genggaman Zarith Imaan Khalid dan gimnas Pulau Pinang itu terus 'dahagakan' kejayaan pada empat lagi baki acara yang bakal disertainya.

Zarith yang meraih emas dalam acara berkenaan di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022 berkata, kejayaan di pentas podium itu bakal menjadi pencetus kepada momentum untuk dirinya terus memburu lebih banyak kilauan pingat.

Baginya, kejayaan untuk membawa pulang lebih banyak kilauan pingat tentunya akan memadam luka lama pada edisi SUKMA 2018 yang menyaksikan dirinya meraih satu pingat perak dan gangsa disebabkan kecederaan.

"Saya boleh katakan kemenangan semalam memberikan lebih motivasi untuk saya terus melakukan yang terbaik. Saya akan berusaha untuk menang lagi," katanya yang membuat penampilan kedua di temasya ini. Saya berharap semua dapat terus berikan sokongan kepada saya."


Zarith dijadual menyertai acara melombol, batang titian, senaman lantai dan palang bertingkat yang bertempat di Gimnasium 3 Majlis Sukan Negara (MSN), esok.

Dalam pada itu, gimnas kebangsaan itu juga berharap dapat disenaraikan dalam kontinjen negara di temasya Sukan SEA Kemboja tahun depan selepas terpaksa mengenepikan edisi di Hanoi, Vietnam baru-baru ini susulan kecederaan.

"Harap dapat ke Sukan SEA tahun depan kerana saya terlepas edisi sebelumnya. Sepatutnya saya ke sana (Hanoi) tetapi disebabkan kecederaan, saya terpaksa melupakannya. Moga tahun depan tidak akan ada sebarang masalah lagi," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... tambah-kilauan-emas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.075715 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list