CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 483|Reply: 1

[Pulau Pinang] UDA terus komited bantu peniaga kecil

[Copy link]
Post time 20-9-2022 09:33 PM | Show all posts |Read mode
UDA terus komited bantu peniaga kecil

Nur Izzati Mohamad
[email protected]





Tasek Gelugor: Peneraju pembangunan hartanah, pengurusan aset, fasiliti dan perhotelan, UDA Holdings Berhad (UDA) terus komited membantu pelbagai kelompok usahawan seluruh negara khususnya peniaga kecil dalam usaha mengeluarkan mereka daripada kesempitan selepas melalui tempoh sukar ketika pandemik Covid-19.

Bentuk bantuan diberikan agensi itu adalah dengan mempergiatkan aktiviti keusahawanan menerusi penganjuran Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia yang baharu dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kuala Lumpur, bulan lalu.

Pengerusi UDA Datuk Norliza Abdul Rahim, berkata, UDA sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan keluarga usahawan sentiasa berdaya saing dan berupaya untuk kelangsungan perniagaan terutamanya dalam persekitaran ekonomi negara yang kian pulih.

"Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia ini antara inisiatif UDA bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam membantu mengembangkan potensi keluarga usahawan.

"Inisiatif ini juga diharap dapat menggalakkan penglibatan orang ramai untuk menceburi bidang keusahawanan seperti pembabitan dari golongan wanita khususnya suri rumah serta siswazah.

"Sasaran penglibatan golongan wanita, belia serta graduan ini dapat membudayakan aktiviti keusahawanan kepada generasi akan datang seterusnya membuka peluang pekerjaan dan merapatkan jurang ekonomi Keluarga Malaysia," katanya selepas merasmikan Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia di Pulau Pinang yang diadakan di Pusat Komersial Tasek Gelugor di sini, baru-baru ini.



NORLIZA (tiga dari kanan) berkunjung ke gerai pameran hartanah UDA di Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia.

Dalam karnival itu, UDA turut menyampaikan sumbangan zakat sebanyak RM20,000 kepada 20 usahawan asnaf tempatan yang setiap asnaf masing-masing menerima zakat RM1,000 seorang.

Jelasnya, pada penganjuran karnival di Kuala Lumpur pada 26 hingga 28 Ogos lalu mencatatkan pembabitan seramai 200 usahawan dengan nilai jualan direkodkan melebihi RM2 juta.

"Pulau Pinang adalah jelajah kita yang pertama yang pada karnival berlangsung selama tiga hari (16 hingga 18 September) ini membuka sebanyak 195 gerai jualan dan terdapat juga 10 usahawan food truck.

"Kita tidak meletakkan sebarang sasaran namun berharap nilai jualan yang memberangsangkan dalam membantu meningkatkan pendapatan usahawan di negeri ini," katanya.

Mengulas lanjut, Norliza berkata, pihaknya mendapati usahawan kini bukan sahaja mahir dalam menghasilkan produk namun semakin kreatif dari segi pembungkusan apabila mampu menarik minat pembeli.

"Seperti di sini (Tasek Gelugor) kita dapati satu kelainan apabila banyak produk-produk kesihatan berasaskan herba dijual usahawan kecil yang dari sudut pembungkusan amat kreatif.

"Produk-produk ini boleh diketengahkan dan pergi lebih jauh (eksport) bagi membolehkan usahawan mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi," katanya.

Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia menjelajah seluruh Malaysia bermula Ogos hingga November ini dengan menyediakan pelbagai aktiviti menarik serta merangkumi segmen perniagaan UDA antaranya hartanah, hotel, premis perniagaan dan pengurusan fasiliti serta ceramah dari agensi kerajaan seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Selepas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, jelajah seterusnya akan ke Serambi Teruntum Kuantan, Pahang (8 hingga 10 Oktober), Angsana Johor Bahru Mall, Johor (21 hingga 23 Oktober) dan Angsana Ipoh Mall, Perak (4 hingga 6 November).



ANTARA orang ramai yang hadir melawat pameran jualan.


Disiarkan pada: September 20, 2022 @ 7:00am



Norliza Abdul Rahim (dua dari kanan) ketika melawat pameran sempena penganjuran Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia di Pusat Komersial Tasek Gelugor. FOTO DANIAL SAAD



SUMBER











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2022 09:35 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.046859 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list