CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 902|Reply: 0

Jakim sentiasa sokong usahawan tembusi pasaran global

[Copy link]
Post time 22-9-2022 11:29 AM | Show all posts |Read mode

Terdapat perbezaan diantara pengurusan sijil halal untuk pasaran tempatan dan pengurusan halal antarabangsa. -Gambar hiasan

Jakim sentiasa sokong usahawan tembusi pasaran global

PUTRAJAYA – Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) telah bekerjasama dengan Ecosystem Sdn. Bhd. (WISE) untuk membantu melancarkan lagi operasi perluasan perniagaan ahli-ahlinya ke pasaran glo­bal, kata Pengerusi persatuan tersebut, Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin.

WISE adalah sebuah syarikat tempatan bertaraf global yang mempunyai rangkaian niaga antarabangsa bagi pasaran di negara-negara Eropah terutama import dan eksport produk makanan halal.

Syarikat tersebut memiliki beberapa cawangan pejabat di luar negara seperti Australia, Hong Kong, New York, China dan Perancis.




“Sempadan negara sudah dibuka dan DPIM sentiasa membuka jalan untuk mendorong usahawan merebut peluang terutamanya dalam aspek mengeksport makanan dan minuman halal yang dilihat semakin berkembang pesat serta menguntungkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersem­pena kunjungan ahli sekretariat DPIM ke pejabat Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan me­ngadakan pertemuan dengan Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, Marzuki Hassan di sini baru-baru ini.

Menurut Marzuki, pihaknya sentiasa menerima, mempertimbang dan membantu para usahawan di negara ini dalam hal ehwal berkaitan pengurusan halal sebagai salah satu bentuk sokongan merancakkan ekonomi halal di negara ini.

“Apa juga bentuk aktiviti perniagaan sama ada dijalankan secara domestik atau di luar negara jika memerlukan bantuan halal daripada Jakim, maka mereka perlu menghantar dokumen lengkap permohonan kepada Jakim.

“Kami sedia meneliti dan membincangkan perkara tersebut kerana terdapat peraturan yang pelbagai.

“Garis panduan tersebut turut bergantung kepada keterlibatan aktiviti usahawan serta pengurusan halal sama ada di dalam negara atau di luar negara,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... usi-pasaran-global/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.378473 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list