CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 416|Reply: 1

[Pulau Pinang] Sita, lelong lembu jika biar berkeliaran

[Copy link]
Post time 23-9-2022 02:20 PM | Show all posts |Read mode
Sita, lelong lembu jika biar berkeliaran

Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



TANGKAP layar video tular memaparkan lembu yang berkeliaran di sekitar Pasar Awam Air Itam, di sini. FOTO Ihsan Pembaca




Georgetown: Lembu yang didapati berkeliaran dan tidak berada di bawah pengawasan pemiliknya akan disita dan dilelong.

Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata, pihaknya akan menangkap, menyita dan melelong lembu berkenaan sekiranya pemilik haiwan itu membiarkan ternakan mereka berkeliaran tanpa pengawasan hingga menggugat keselamatan orang awam.

"Isu lembu berkeliaran di tempat awam tanpa pengawasan daripada penternak semakin serius.

"Kita juga menerima aduan mengenai beberapa insiden lembu berkeliaran di beberapa kawasan sekitar negeri ini termasuk di Air Itam," katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Sehubungan itu, MBPP memberi amaran kepada semua penternak supaya melakukan pengawasan terhadap ternakan masing-masing bagi mengelak dikenakan tindakan tegas.

"Kita akan menangkap, menyita dan melelong lembu berkenaan sekiranya dibiarkan berkeliaran tanpa pengawasan bagi mengelak masalah keselamatan dan kacau ganggu kepada orang ramai," katanya lagi.

Terdahulu pada minggu lalu, orang awam termasuk pemilik gerai makanan di Pasar Awam Air Itam dikejutkan dengan kehadiran lembu yang berlegar-legar di sekitar kawasan itu.


Disiarkan pada: September 23, 2022 @ 2:10pm



sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2022 02:21 PM | Show all posts
serius la benda ni berlaku kt negeri DAP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.350735 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list