|
Pelumba Red Bull, Sergio Perez mendahului perlumbaan GP Singapura. - AP
SINGAPURA: Pelumba Red Bull, Sergio Perez mengatasi pelumba Ferrari, Charles Leclerc untuk mengungguli Grand Prix (GP) Singapura yang 'dihiasi' dengan insiden kemalangan.
Pendahulu kejuaraan, Max Verstappen menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan selepas perlumbaan mengecewakan yang menyaksikan dia melakukan beberapa kesilapan.
Dia boleh menjulang kejuaraan di Suzuka minggu depan namun segalanya perlu bergantung kepada keputusan Perez dan juga Leclerc.
Lewis Hamilton juga bergelut pada perlumbaan di Marina Bay itu dan meraih tempat kesembilan selepas melakukan dua kesilapan.
Juara tujuh kali itu tersekat di belakang pelumba Ferrari, Carlos Sainz yang meraih podium dan ketika di Selekoh Tujuh, kegopohannya untuk cuba memintas Sainz menyebabkan sayap kanannya rosak.
Kesilapan kedua Hamilton berlaku di Selekoh 14 yang menyaksikan dia dipintas Verstappen untuk berada di tempat ketujuh.
Verstappen memerlukan lapan mata mengatasi Leclerc dan sembilan mata mengatasi Perez bagi mengesahkan kejuaraan di Suzuka, minggu depan. -AGENSI
Sergio Perez meraikan kejayaannya mengungguli GP Singapura. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... rez-tawan-singapura |
|
|
|
|
|
|
| |
|