CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 215602|Reply: 1588

All About Proton Inspira

  [Copy link]
Post time 14-12-2009 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Fast-N-Furious at 14-10-2010 14:20

Oleh  Ahmad Farizal Hajat  
[email protected]               

     Waja

                   Model ganti Waja tampil salinan Mitsubishi Lancer 2.0 GT

PROTON Holdings Bhd yang mengukuhkan semula kehadirannya dalamindustri automotif tempatan menerusi model pelbagai guna (MPV) Exora,bakal mengeluarkan satu lagi model sedan baru menjelang Julai atau Ogostahun depan, dengan harga pengenalan sekitar RM80,000 seunit.

Model yang akan menggantikan Waja dan dikatakan mampumeningkatkan lagi penguasaan pasaran Proton dalam industri automotiftempatan dan antarabangsa itu, akan menampilkan salinan versiMitsubishi Lancer 2.0 GT yang dipertingkatkan.

Menurut sumber terdekat, kemasukan kembali 'ciri Mitsubishi'dalam Proton itu hasil kerjasama pembangunan kejuruteraan terbaruantara Proton dan Mitsubishi Motors Corporation (MMC), yang juga bekaspemegang sahamnya.

        
        
    "Model yang akan digunakan Proton bagi menggantikan Waja ini akanmenampilkan beberapa perubahan kosmetik dalaman dan luaran berbandingmodel Lancer 2.0 GT sedia ada di pasaran.

"Antaranya, ia akan menggunakan enjin dengan kapasiti yanglebih kecil sedikit, iaitu 1.8 liter, komponen dalaman menggunakanproduk keluaran vendor tempatan yang terpilih serta beberapa ciri lainyang dapat menjadikan model itu mampu menawarkan harga lebih berdayasaing.

"Justeru, model baru itu bukan saja dilihat berada dilandasan terbaik untuk memberikan saingan terhadap kenderaan sedankeluaran syarikat automotif asing lain, bahkan ia turut mampu membantumemulihkan kembali imej Proton sebelum ini," katanya pada Berita Hariandi Kuala Lumpur.

                              
Mitsubishi Lancer 2.0 GT

                        Sumber itu menjelaskan, pengeluaran model baru dengan kuasa enjin 1.8liter itu dilihat pemangkin terbaik untuk syarikat automotif nasionalitu dalam memenuhi perubahan keperluan dan selera pembeli, khususnyagenerasi muda.

Katanya, Proton yang mendapat sokongan padu daripada MMC,dijangka tidak menghadapi sebarang masalah dalam memenuhi permintaan,memandangkan model gantian Waja itu akan dipasang di kilangnya sama adadi Shah Alam, Selangor atau di Tanjung Malim, Perak.

"Melihat kepada perjanjian antara Proton dan MMC, ia tidakmenjadi masalah bagi Proton untuk memasang, menjual dan memberikankhidmat selepas jualan bagi Mitsubishi Lancer 2.0 GT versi Malaysiaitu.

"Ini disebabkan MMC sudah memberikan 'lesen' kepada Protonuntuk menggunakan bantuan teknikalnya, termasuk memasang dan memasarkanLancer 2.0 GT yang akan menggunakan jenama Proton itu," katanya sambilmenambah 'pelesenan' itu turut merangkumi bantuan dalam mengeluarkankomponen Lancer 2.0 GT tempatan serta sokongan dan perkhidmatan selepasjualan.

                                Ketika ini, model sedia ada Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang diimportsepenuhnya (CBU) dari Jepun, dijual pada harga RM120,598.10 tanpainsurans di negara ini. Model itu diedarkan oleh Mitsubishi MotorsMalaysia Sdn Bhd.

MMC adalah rakan teknikal dan pemegang saham Proton ketika iaditubuhkan pada 1983 sehinggalah pengeluar kereta nasional itumengeluarkan kereta pertamanya pada 1985.

Bagaimanapun, kemelut kewangan kumpulan daripada Jepun itumenyebabkan ia melupuskan kepentingannya dalam Proton pada awal 2004.






http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Ekonomi/20091214004649/Article/index_html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2009 10:56 AM | Show all posts
halfcut lancer GT ngan ebo X kompom demand jadik tinggi lepas nieh..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 10:57 AM | Show all posts
Enjin 1.8?....enjin model aper dorang pakai nie???
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 11:03 AM | Show all posts
Habiss....lepas satu2...memula jadik kete peronda...pastuh polis bantuan...skrg nih jadik replacement waja lak....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 11:03 AM | Show all posts
Enjin 1.8?....enjin model aper dorang pakai nie???
leziahus Post at 14-12-2009 10:57


kat jepun, model lancer GT memang ader enjin yg 1.8 jer beb.. tu baru enjin,  version aeroback pong ader, depa panggey GT sportback kalau tak silap haku..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2009 11:05 AM | Show all posts
Habiss....lepas satu2...memula jadik kete peronda...pastuh polis bantuan...skrg nih jadik replacement waja lak....
tossee Post at 14-12-2009 11:03


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2009 11:05 AM | Show all posts
Cheh! Cancel nak angkat Lancer GT. Nanti org ingat Waja
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 11:06 AM | Show all posts
kat jepun, model lancer GT memang ader enjin yg 1.8 jer beb.. tu baru enjin,  version aeroback pong ader, depa panggey GT sportback kalau tak silap haku..
Fast-N-Furious Post at 14-12-2009 11:03


Lancer GT 660 ada tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2009 11:09 AM | Show all posts
kat jepun, model lancer GT memang ader enjin yg 1.8 jer beb.. tu baru enjin,  version aeroback pong ader, depa panggey GT sportback kalau tak silap haku..
Fast-N-Furious Post at 14-12-2009 11:03



Lancer Sportback










Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 11:09 AM | Show all posts

t@t Post at 14-12-2009 11:05


Aku nak cancel la order LGT nih tat.....baik tunggu waja jek...jadik betul la rumour selama nih....LGT akan diconvert jadik waja......
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 11:12 AM | Show all posts
yaa.... wajalancer ni ada Lotus Ride&Handling.. harga pun lebih murah.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 11:13 AM | Show all posts
Lancer GT 660 ada tak?
penyo Post at 14-12-2009 11:06


ader.. ader.. kat mesia jer leh jumpa ... kancil tepek emblem mitsu + sticker MIVEC.. adehh... haku pernah jumpa kat puchong.. sapa lar tuan dier..

haku rasa, paling rendah pong, depa install enjin 1.5 kot, dari enjin mitsu lancer variant GS

haku rasa bleh agak senario dia, ala-ala macam senario wira, ader version sedan ngan aeroback, pas tu enjin haku rasa depa buat 2 version 1.8 ngan 1.6, 1.6 tu mungkin sumbat enjin campro kot..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 11:20 AM | Show all posts
harga RM80k tuk model waja lancer ni.....kira nak lawan forte la ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 11:20 AM | Show all posts
yaa.... wajalancer ni ada Lotus Ride&Handling.. harga pun lebih murah.. hahaha
cecari Post at 14-12-2009 11:12


Nnt jeles ler geng2 Lancer GT......
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 11:29 AM | Show all posts
Wowww...Ada berapi nie benang...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 11:31 AM | Show all posts
giler!!arga sekita rm 80,000???wuhuhuhu...bubbui proton baru....wa tak mampu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2009 11:34 AM | Show all posts
Model yang akan menggantikan Waja dan dikatakan mampumeningkatkan lagi penguasaan pasaran Proton dalam industri automotiftempatan dan antarabangsa itu, akan menampilkan salinan versiMitsubishi Lancer 2.0 GT yang dipertingkatkan.



korang baca paragraph atas tu betul betul...... yang dipertingkatkan...

pemahaman aku, lebih ganaz , lebih hebat dari mitsu LGT ori... hu hu hu...


mungkin dari segi handling kut?

tak mustahil...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 11:38 AM | Show all posts
Model yang akan menggantikan Waja dan dikatakan mampumeningkatkan lagi penguasaan pasaran Proton dalam industri automotiftempatan dan antarabangsa itu, akan menampilkan salinan versiMitsubishi Lancer  ...
geng_tx Post at 14-12-2009 11:34


Nnt abe geng boleh ler beli satu buat kete rally ye....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 11:41 AM | Show all posts
Post Last Edit by leziahus at 14-12-2009 11:42

Aku rasa dorang guna enjin nie kot

4B10
Specifications
Engine type Inline 4 cylinder DOHC 16v, MIVEC
Displacement 1.8 L (1798 cc)
Bore 86 mm
Stroke 77.4 mm
Compression ratio 10.5:1  
Fuel system ECI multiple

Peak power 105 kW (143 PS) at 6000 rpm
Peak torque 177 N穖 (130 ft穕bf) at 4250 rpm


blh fight civic 1.8
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 11:44 AM | Show all posts
harga RM80k tuk model waja lancer ni.....kira nak lawan forte la ni..
eco_internet Post at 14-12-2009 11:20


dah sah forte takleh lawan wajalancer nih... sebenarnya forte tu bukan best sgt pun... org buta kat rekabentuknya saja... sebenarnya keter ni senang eksiden... (melalui servey2 aku kat forum mesir - jgn kata sbb arab pandu laju pulak.. sedangkan keter2 lain kat mesir tak kontroversi macam forte nih pun )
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43427 Replies : 450
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38640 Replies : 26
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50035 Replies : 164
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145804 Replies : 2469
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39558 Replies : 48
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276652 Replies : 8079
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38725 Replies : 32
Pulau Pinang jadi pusat perumahan mampu milik terbesar di Malaysia
AbahmungPulau Pinang jadi pusat perumahan mampu
Views : 42900 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.082057 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list