CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 349|Reply: 0

[Kedah] Ibu maut, anak parah langgar Perodua Myvi buat pusingan U

[Copy link]
Post time 4-10-2022 03:14 PM | Show all posts |Read mode

DUA beranak yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 68 Jalan Alor Setar-Butterworth, semalam. FOTO Tular

Sungai Petani: Seorang wanita meninggal dunia manakala anak perempuannya parah selepas motosikal ditunggang merempuh Perodua Myvi yang tiba-tiba membuat pusingan U pada kejadian di Kilometer 68, Jalan Alor Setar-Butterworth dekat sini, semalam.

Pada kemalangan jam 1.55 tengah hari membabitkan tiga kenderaan itu, mangsa yang membonceng motosikal meninggal dunia ketika dirawat di hospital manakala anaknya patah paha kiri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan mendapati, Perodua Myvi terbabit dipandu lelaki berusia 32 tahun dan bekerja sebagai pembantu kedai.


Kata beliau, Perodua Myvi itu datang dari arah sama dengan motosikal ditunggang dua beranak berkenaan manakala sebuah lagi kereta dipandu lelaki berusia 22 tahun datang dari arah bertentangan.

"Ketika kejadian, pemandu Perodua Myvi terbabit berada di laluan motosikal sebelum tiba-tba membuat pusingan U.

"Mangsa yang gagal mengelak terlanggar bahagian depan Perodua Myvi menyebabkan kedua-dua beranak itu tercampak ke jalan," katanya pada kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dilanggar kereta yang datang dari arah bertentangan.

"Pembonceng motosikal yang berusia 52 tahun dan anaknya yang berusia 24 tahun serta bekerja sebagai operator kilang dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menerima rawatan.

"Bagaimanapun, si ibu disahkan meninggal dunia jam 3.05 petang akibat parah di kepala manakala anaknya masih menerima rawatan," katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada kecuaian pemandu Perodua Myvi yang membuat pusingan U di kawasan yang tidak dibenarkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... yvi-buat-pusingan-u

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.129952 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list