CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 342|Reply: 0

[Kedah] Kompaun lebih 1.6 juta kerana alat timbang dan sukat

[Copy link]
Post time 6-10-2022 09:20 AM | Show all posts |Read mode

Azman Adam. FOTO Arkib NSTP.

Langkawi: Kompaun lebih RM1.6 juta dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi kesalahan timbang dan sukat yang dilakukan peniaga dalam tempoh tiga tahun.

Ketua Pengarah Penguat kuasa KPDNHEP Azman Adam berkata, ia membabitkan 8,541 kes dengan nilai sitaan sebanyak RM1.9 juta.

Katanya, daripada jumlah itu, kompaun RM511,800 dengan nilai sitaan RM11,410 direkod dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.


"Antara kesalahan biasa dikesan pegawai semasa menjalankan tugas ialah penggunaan alat timbang luput tempoh yang mana ia adalah kesalahan serius.

"Selain itu, ada juga peniaga menggunakan alat timbang tidak tepat dan mengubah suai peralatan timbang dan sukat untuk kepentingan mereka," katanya pada sidang media selepas persidangan ASEAN Consultative Committee for Standards and Quality Working Group on Legal Metrology (ACCSQ-WG3) di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd Yusof.

Sementara itu, Azman berkata, pihaknya turut menjalankan penguatkuasaan bersama agensi seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Lembaga Getah Malaysia (LGM).

"Langkah ini bagi memastikan semua pihak termasuk penjual, peniaga dan penanam (sawit dan getah) tidak mengambil peluang melanggar undang-undang ditetapkan dalam Akta Timbang dan Sukat 1972.

"Kesemua peniaga yang menjual alat timbang dan sukat juga perlu memiliki lesen. Sekiranya ada peniaga menjual alat itu tanpa lesen sah, tindakan boleh diambil ke atas mereka," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-timbang-dan-sukat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.065741 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list