CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 348|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pecah masuk kilang skru, dua pengawal keselamatan ditahan

[Copy link]
Post time 7-10-2022 06:27 PM | Show all posts |Read mode
Pecah masuk kilang skru, dua pengawal keselamatan ditahan

Nur Izzati Mohamad
[email protected]




CHONG Chern (tengah) menunjukkan barang kes yang dirampas. FOTO Danial Saad




Nibong Tebal: Polis menahan empat individu termasuk dua pengawal keselamatan yang memecah masuk kilang pembuatan skru di Simpang Ampat, di sini, dan Kulim, Kedah pada Jumaat lalu.

Terdahulu, polis menerima laporan daripada penjaga kilang yang menyedari premis itu dipecah masuk apabila pelbagai barangan dianggarkan bernilai RM194,000 dilarikan suspek.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, susulan itu polis melancarkan serbuan dan menahan empat lelaki berusia antara 34 hingga 48 tahun termasuk merampas semula 24 barangan bernilai RM20,000 yang dibawa lari suspek.

"Melalui siasatan awal, polis dimaklumkan bahawa kilang pembuatan skru itu tidak beroperasi sejak dua tahun lalu.

"Namun kejadian itu disedari penjaga kilang yang menjalankan pemeriksaan kira-kira seminggu yang lalu sebelum membuat laporan polis.

"Bertindak melalui maklumat yang diperoleh membawa kepada penahanan empat suspek iaitu dua pengawal keselamatan di Simpang Ampat dan dua lagi suspek tidak bekerja di Machang Bubuk dan Kulim," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati dua pengawal keselamatan yang ditahan bekerja di sebuah kilang yang terletak di hadapan kilang skru berkenaan.

"Mereka yang berusia 34 dan 42 tahun dipercayai meninjau pergerakan kilang skru itu lebih awal sebelum masuk ke dalam premis itu dengan memecahkan tombol pintu pejabat utama dan melarikan pelbagai barangan menaiki sebuah trak pikap.

"Pelbagai barangan yang dicuri itu kemudian disimpan sementara sebelum ia dijual kepada pembeli. Semasa serbuan polis menemukan semula 24 jenis barangan membabitkan komputer dan wayar manakala selebihnya dipercayai sudah dijual.

"Kita percaya kegiatan pecah masuk itu dilakukan pada waktu tengah malam bagi mengelak ia disedari individu sekeliling," katanya.

Chong Chern berkata, semakan mendapati keempat-empat suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

"Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati dua daripada empat yang ditahan positif dadah," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.


Disiarkan pada: Oktober 7, 2022 @ 6:01pm


sumber


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.288903 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list