View: 490|Reply: 0
|
Martin lebur rekod Lorenzo
[Copy link]
|
|
Jorge Martin (tengah) meraikan kejayaannya menyambar petak pertama GP Australia bersama kru pasukan. - Reuters
PHILLIP ISLAND: Jorge Martin memecahkan rekod sepusingan Phillip Island yang berusia sembilan tahun untuk meraih petak pertama Grand Prix (GP) Australia manakala juara dunia, Fabio Quartararo menduduki tempat kelima.
Dalam keadaan kering dan mendung, pelumba dari Sepanyol itu melakukan catatan terpantas satu minit dan 27.767 saat (s).
Ia memecahkan rekod 1:27.899s yang dipegang oleh Jorge Lorenzo yang dilakukannya pada 2013 dan lebih manis, pelumba Ducati-Pramac itu tidak pernah beraksi di litar tepi laut itu sebelum ini.
"Sudah tiba masanya untuk memadam rekod itu kerana jentera lebih laju sekarang.
"Semalam saya bergelut sedikit kerana hilang tumpuan. Ini kali pertama saya beraksi di sini dan dapat mempamerkan tunggangan yang baik.
"Saya rasa boleh bersaing tetapi tidak menjangkakan kompetitif seperti hari ini. Ia adalah catatan yang menakjubkan. Harap kami dapat teruskan aksi cemerlang ini esok," katanya.
Juara dunia enam kali, Marc Marquez yang terbabit dengan kemalangan menyambar petak kedua apabila ketinggalan hanya 0.013s yang juga catatan lebih baik daripada rekod Lorenzo. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... lebur-rekod-lorenzo |
|
|
|
|
|
|
| |
|