CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 913|Reply: 0

Fuad juara Piala Sultan Mizan

[Copy link]
Post time 17-10-2022 12:17 PM | Show all posts |Read mode

SULTAN Mizan menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan Sultan Mizan Cup 2022 International Endurance Park (TIEP) Lembah Bidong, di sini, hari ini. FOTO Faizul Azlan Razak

Setiu: Muhammad Fuad Hashim dari pasukan State Terengganyu Endurance Team (STET) tidak berdepan masalah untuk muncul juara perlumbaan kuda lasak Piala Sultan Mizan 2022 yang berlangsung Terengganu International Endurance Park (TIEP) Lembah Bidong, hari ini.

Penunggang negara yang meraih pingat emas berpasukan di temasya Sukan SEA Hanoi itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa enam jam 54 minit 18 saat (s) meninggalkan Muhammad Aimin Azfar Nazulki yang mewakili pasukan Best Endurance Team yang mencatat masa 7:24.06s.

Kejayaan penunggang kelahiran Banggol Mempelam, Serada itu membolehkan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 berserta piala pusingan dan piala iringan.


Lebih manis, kuda yang ditunggang Muhammad Fuad yang berasal dari Argentina bernama M Traful dinobat kuda terbaik kejohanan sekali gus menerima hadiah wang tunai RM25,000 dan piala.

Bagi kategori berpasukan dimenangi pasukan Best Endurance Team yang membawa pulang wang tunai RM20,000 bersama piala dan medal.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan Sultan Mizan Cup 2022. Turut berkenan berangkat pada majlis itu Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Muhammad Fuad berkata, dia menjalani latihan selama tiga bulan untuk persiapan perlumbaan itu dan bersyukur kudanya berjaya menghabiskan perlumbaan.

Menurutnya, dia tidak menjangkakan mampu muncul sebagai juara memandangkan saingan begitu hebat pada saingan kali ini dengan kehadiran penunggang dari Thailand, Australia, Singapura dan pasukan tempatan.

"Ini kejayaan ketiga saya dalam kejohanan ini dan kejuaraan hari ini sedikit sebanyak mengubat kekecewaan selepas dua tahun tidak dapat berlumba akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Untuk tahun ini tiada kejohanan yang akan disertai sebaliknya akan menjalani latihan bagi menyertai kejohanan di Thailand tahun depan," kata penunggang berusia 33 tahun itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -piala-sultan-mizan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.143051 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list