View: 535|Reply: 0
|
Martin sambar petak hadapan GP Malaysia
[Copy link]
|
|
MARTIN (tengah) bakal memulakan perlumbaan di petak pertama sambil tempat kedua dihuni Bastianini, manakala posisi ketiga diisi oleh Marquez. – AFP
PELUMBA pasukan Pramac Racing, Jorge Martin menampilkan tunggangan mengagumkan pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam dengan memastikan petak hadapan menjadi miliknya.
Lebih manis, catatan masa 1 minit 57.790 saat (s) yang dibuat berjaya meleburkan rekod sepusingan terpantas 1:58.303s yang dilakukan pelumba Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo pada 2019.
Martin mengakui sangat gembira dengan catatan masa yang dilakukan memandangkan dia sudah mengerah kemampuan ke tahap maksimum selain mengakui hampir terjatuh pada sesi kelayakan tersebut.
“Prestasi saya di Litar Phillip Island minggu lepas sangat baik dan saya lega dapat mengulanginya lagi di sini. Saya fikir ramai pelumba lain akan tunjukkan peningkatan hari ini (semalam) dan lakukan yang terbaik.
“Secara jujur, saya sudah kerah jentera ke tahap maksimum dan hampir terjatuh pada sesi kelayakan itu. Saya sangat gembira kerana dapat mencatat masa terpantas selain jentera yang semakin laju,” katanya selepas tamat sesi kelayakan.
Mengiringi Martin di barisan hadapan pada perlumbaan hari ini adalah pelumba Gresini Racing, Enea Bastianini di petak kedua diikuti juara dunia lapan kali, Marc Marquez dari Repsol Honda di petak ketiga.
Sementara itu, pendahulu kejuaraan dunia dari Ducati, Francesco Bagnaia gagal menamatkan saingan kelayakan semalam apabila dia terjatuh ketika sesi masih berbaki lebih kurang dua minit.
Bagaimanapun, persaingan kejuaraan dunia antara Bagnaia dan Quartararo dijangka menarik memandangkan Bagnaia akan memulakan perlumbaan hari ini di petak kesembilan, manakala Quartararo di petak ke-12.
Pada perlumbaan hari ini, Bagnaia perlu menamatkan perlumbaan dengan perbezaan 11 mata ke atas Quartararo sekiranya dia mahu memastikan mahkota kejuaraan dunia menjadi miliknya di Sepang.
https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... adapan-gp-malaysia/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|