View: 546|Reply: 0
|
Damok duduki tempat ke-16
[Copy link]
|
|
MCPhee (tengah) bersama Ayumu Sasaki dan Garcia di atas podium. FOTO Reuters
Sepang: Pelumba wild card Moto3 negara, Syarifuddin Azman kempunan untuk meraih mata pada Grand Prix Motosikal Malaysia hari ini apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-16 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Syarifuddin atau lebih dikenali Damok, berpeluang untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata apabila sering bertukar kedudukan di tempat ke-15 dengan pelumba CIP Green Power, Keito Toba serta Adrian Fernandez (Red Bull KTM Tech 3), namun akhirnya terpaksa akur dengan penamat ke-16.
Dia yang bermula di petak ke-21 dan beraksi bersama pasukan Visiontrack Racing, mencatatkan masa 38 minit 19.401 saat (s) manakala Fernandez meraih penamat ke-15 dan Toba ke-17.
Artikel Berkaitan
• Khairul Idham inspirasi Damok
• Damok teruja beraksi musim penuh Kejuaraan Dunia Moto3
• Damok beraksi di Moto3 GP Portugal dan Sepanyol
• Damok teruja aksi di Kejohanan Dunia Moto3
"Saya cuba bersaing dengan Toba serta Fernandez tapi mereka yang menggunakan jentera KTM mempunyai kelebihan di jalan lurus. Kami bertiga saling memotong antara satu sama lain dan saya juga berusaha untuk dapatkan mata tapi gagal," katanya.
Damok mengakui kurang berpuas hati dengan pencapaiannya di Sepang ketika dia berasakan dapat meraih keputusan lebih baik.
"Apapun ia pengalaman yang baik untuk saya bawa pada tahun depan," katanya yang sudah disahkan akan beraksi di musim penuh bersama pasukan MTHelmets-MSi dalam kelas Moto3 pada tahun depan.
Perlumbaan hari ini dimenangi oleh pelumba Sterilgarda Husqvarna Max, John McPhee dengan catatan 38:04.589s manakala rakan sepasukannya, Ayumu Sasaki menduduki tempat kedua.
Podium ketiga pula menjadi milik pelumba Gaviota GASGAS Aspar Team, Sergio Garcia.
MCPhee (tengah) bersama Ayumu Sasaki dan Garcia di atas podium. FOTO Reuters
Sepang: Pelumba wild card Moto3 negara, Syarifuddin Azman kempunan untuk meraih mata pada Grand Prix Motosikal Malaysia hari ini apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-16 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Syarifuddin atau lebih dikenali Damok, berpeluang untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata apabila sering bertukar kedudukan di tempat ke-15 dengan pelumba CIP Green Power, Keito Toba serta Adrian Fernandez (Red Bull KTM Tech 3), namun akhirnya terpaksa akur dengan penamat ke-16.
Dia yang bermula di petak ke-21 dan beraksi bersama pasukan Visiontrack Racing, mencatatkan masa 38 minit 19.401 saat (s) manakala Fernandez meraih penamat ke-15 dan Toba ke-17.
"Saya cuba bersaing dengan Toba serta Fernandez tapi mereka yang menggunakan jentera KTM mempunyai kelebihan di jalan lurus. Kami bertiga saling memotong antara satu sama lain dan saya juga berusaha untuk dapatkan mata tapi gagal," katanya.
Damok mengakui kurang berpuas hati dengan pencapaiannya di Sepang ketika dia berasakan dapat meraih keputusan lebih baik.
"Apapun ia pengalaman yang baik untuk saya bawa pada tahun depan," katanya yang sudah disahkan akan beraksi di musim penuh bersama pasukan MTHelmets-MSi dalam kelas Moto3 pada tahun depan.
Perlumbaan hari ini dimenangi oleh pelumba Sterilgarda Husqvarna Max, John McPhee dengan catatan 38:04.589s manakala rakan sepasukannya, Ayumu Sasaki menduduki tempat kedua.
Podium ketiga pula menjadi milik pelumba Gaviota GASGAS Aspar Team, Sergio Garcia.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... duduki-tempat-ke-16 |
|
|
|
|
|
|
| |
|