CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 313|Reply: 0

[Pulau Pinang] BN Pulau Pinang umum senarai calon kerusi Parlimen Khamis ini

[Copy link]
Post time 1-11-2022 07:09 PM | Show all posts |Read mode
BN Pulau Pinang umum senarai calon kerusi Parlimen Khamis ini

01 November 2022    06:24pm






BN Pulau Pinang akan membuat pengumuman senarai nama calon kerusi Parlimen pada Khamis.




BUKIT MERTAJAM - BN Pulau Pinang akan mengumumkan calon yang akan mewakili gabungan itu di 13 kerusi Parlimen negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Khamis ini.

Pengerusi BN Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, beliau akan mengambil watikah selepas Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan senarai calon di Kuala Lumpur malam Selasa.

"Saya akan mengambil watikah senarai calon yang sudah ditapis dan kemudian kami akan membuat pengumuman calon Khamis ini di Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.


Beliau berkata, tiada calon ‘payung terjun’ dari negeri lain yang akan bertanding di Pulau Pinang kali ini dan semua calon yang dikemukakan kebanyakannya ada muka baharu.


Pada PRU14, BN menang kerusi Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor yang masing-masing menerusi Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Shabudin Yahaya daripada UMNO, namun Shahbudin menyertai Bersatu pada 2020.


Wakil Pakatan Harapan (PH) H mendominasi kerusi Parlimen Pulau Pinang pada PRU14, dengan DAP menang tujuh kerusi manakala PKR empat daripada keseluruhan 13 kerusi Parlimen di negeri itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRU15 pada 19 November, penamaan calon (5 November) manakala pengundian awal pada 15 November ini. - Bernama


sumber


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.361265 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list