CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 319|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRU-15: Ketua Menteri Pulau Pinang serah sendiri borang pencalonan selepas sembuh Covid-19

[Copy link]
Post time 5-11-2022 04:54 PM | Show all posts |Read mode
PRU-15: Ketua Menteri Pulau Pinang serah sendiri borang pencalonan selepas sembuh Covid-19

BERNAMA



Chow Kon Yeow



Batu Kawan: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hadir di Pusat Penamaan Calon di Kolej Vokasional Seberang Perai hari ini untuk menyerahkan sendiri borang pencalonannya bagi kerusi Parlimen Batu Kawan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), selepas disahkan pulih Covid-19.

Pengerusi DAP Pulau Pinang itu bebas daripada Covid-19 selepas disahkan positif Selasa lalu.

"Saya didapati positif pada Selasa, tetapi saya telah makan ubat dan pulih hari berikutnya dengan keputusan negatif Covid-19 ujian kendiri," katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon.

Meskipun masih mengalami batuk dan kahak, Chow berkata beliau telah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kuarantin dan diuji negatif sebelum pergi ke pusat penamaan calon.

Chow, berpakaian kemeja lengan panjang putih dan seluar hitam, diiringi isteri Tan Lean Kee; Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy dan penyokong, tiba di pusat itu kira-kira 7.45 pagi.

Ahad lalu DAP mengumumkan Chow, yang juga bekas Ahli Parlimen Tanjong, sebagai calon Pakatan Harapan (PH) untuk Batu Kawan, menggantikan penyandang Kasthuriraani Patto yang mengumumkan beliau tidak akan bertanding pada PRU15.

Kasthuriraani memenangi kerusi itu dengan majoriti 33,553 undi pada pilihan raya umum lalu.




Disiarkan pada: November 5, 2022 @ 3:56pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.035294 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list