View: 571|Reply: 0
|
Ducati berjaya tawan puncak dunia
[Copy link]
|
|
PECCO berjaya menjulang Ducati apabila dinobatkan sebagai juara dunia MotoGP bagi musim 2022 selepas berakhirnya saingan di GP Valencia kelmarin. – AFP
VALENCIA – Kemenangan Ducati merangkul gelaran dunia pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2022 dianggap tepat selepas usaha keras pasukan dari Itali membangunkan teknologi pada jentera Desmosedici GP.
Kemenangan Francesco ‘Pecco’ Bagnaia dengan merangkul gelaran sulungnya pada kelas premier itu sekali gus menamatkan penantian 15 tahun pasukan Ducati selepas kali terakhir mereka muncul juara kategori pelumba pada 2007 menerusi Casey Stoner.
Pengurus Besar Ducati, Luigi Dall’Igna mengakui kejayaan tersebut adalah hasil semua orang yang bertungkus-lumus untuk menghasilkan keputusan yang cemerlang.
“Merangkul gelaran Kejuaraan Dunia MotoGP ini adalah satu kepuasan yang amat besar untuk seluruh pasukan Ducati.
“Bagi saya, ia adalah gelaran yang layak diterima oleh pasukan ini yang datang daripada komitmen, kepakaran dan juruteknik yang benar-benar baik, ditambah kepada bakat yang luar biasa dan kematangan Pecco.
“Kejayaan hari ini dibalas dengan segala kerja keras yang telah kita lakukan. Sekarang kita telah mencapai puncak dunia, langkah seterusnya adalah kekal di sana,” kata Luigi Dall’Igna.
Sementara itu, Pecco mengakui puas memastikan mahkota kemenangan menjadi miliknya selepas berhempas pulas sejak awal pusingan perlumbaan terutama gagal menamatkan saingan di Catalunya dan Jerman.
“Kami harus benar-benar gembira dan berbangga dengan kerja luar biasa yang kami lakukan. Selepas Jerman, kami mendapati diri kami ketinggalan, tetapi kami mendapat motivasi yang tepat untuk kembali dan memenangi kejuaraan di Valencia,” kata Bagnaia.
Sebagai rekod, Bagnaia juga berjaya memastikan pelumba Itali kembali merangkul gelaran berprestij itu selepas kali terakhir ‘gurunya’ iaitu Valentino Rossi dinobatkan juara dunia pada 2009. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... tawan-puncak-dunia/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|