CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 1

[Pulau Pinang] MPV terbabas, kanak-kanak maut tercampak keluar

[Copy link]
Post time 13-11-2022 11:37 AM | Show all posts |Read mode
MPV terbabas, kanak-kanak maut tercampak keluar


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



KEMALANGAN di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu menghala ke pusat bandar yang menyebabkan seorang kanak-kanak dan wanita maut. FOTO TULAR




Georgetown: Seorang kanak-kanak dan wanita maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu menghala ke pusat bandar di sini, awal pagi tadi.

Difahamkan kejadian kira-kira jam 3.50 pagi itu berlaku selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza yang dinaiki enam individu termasuk dua mangsa itu dikatakan terbabas sebelum terlanggar penghadang jalan.

Akibat pelanggaran itu, kanak-kanak berkenaan dikatakan terpelanting keluar dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Disiarkan pada: November 13, 2022 @ 11:23am



sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2022 06:03 PM | Show all posts
Bukan kanak-kanak, tapi 2 wanita maut

Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



Kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu menghala ke pusat bandar, di sini, yang menyebabkan seorang kanak-kanak dan wanita maut. FOTO TULAR




Georgetown: Bukan kanak-kanak tetapi dua wanita maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu menghala pusat bandar di sini, awal pagi ini.

Kejadian jam 3.50 pagi itu berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza yang dinaiki tujuh individu itu dikatakan terbabas sebelum melanggar penghadang jalan di bahagian kanan.

Sumber berkata, kenderaan yang dinaiki tujuh mangsa berusia enam tahun hingga 54 tahun itu dikatakan dalam perjalanan dari Juru menghala ke Bukit Gambir.

Berikutan pelanggaran itu, lima mangsa tercampak keluar kecuali pemandu dan penumpang hadapan.

Dua daripada mangsa iaitu wanita masing-masing berusia 25 serta 54 tahun maut di lokasi kejadian.

Manakala empat mangsa termasuk dua kanak-kanak berusia enam dan sembilan tahun dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

etua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, portal Harian Metro melaporkan berdasarkan maklumat awal kejadian itu menyebabkan seorang kanak-kanak dan wanita maut.


Disiarkan pada: November 13, 2022 @ 4:54pm




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.396120 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list