CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 349|Reply: 0

[Kedah] 50 penduduk terima latihan kecemasan banjir

[Copy link]
Post time 13-11-2022 12:04 PM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK Kampung Iboi di beri latihan asas menjalani latihan asas berkaitan menyelamat di air di Empangan Tasik.Beris, Sik. FOTO IHSAN APM

Baling: Seramai 50 penduduk Kampung Iboi di sini, menerima latihan asas menyelamat di air daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Empangan Tasik Beris, Sik, baru-baru ini .

Pegawai APM Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz, berkata penduduk turut diberi pendedahan dan taklimat kesiapsiagaan serta latihan merangkumi 'water confident' (keyakinan ketika berada dalam air), menyelamat di air dan pengendalian bot.

Beliau berkata, penduduk di Kampung Iboi dan Padang Empang, Kupang dan kampung berdekatan terdedah dengan banjir yang melanda penempatan mereka dengan kerap selepas tragedi kepala air, 4 Julai lalu.


"Jadi APM mengambil inisiatif untuk melatih penduduk menjalani latihan asas berkaitan menyelamat di air bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan menyelamat ketika banjir .

"Dengan adanya latihan asas itu sekurang-kurangnya mereka ada ilmu pengetahuan untuk membantu menyelamat dan menggunakan bot ketika banjir," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mereka boleh membuat bantuan awal dengan kemahiran yang ada sebelum bantuan tiba.

Seorang penduduk, Abdul Malik Arshad, 59, dari Kampung Iboi, berkata latihan asas itu memberi faedah kepada peserta yang mengikutinya.

Beliau berkata, banyak ilmu yang diperolehi dan akan dimanfaatkan sekiranya berlaku banjir.

"Banyak ilmu yang diperolehi dan mampu mengendali bot sekiranya berlaku banjir dan dapat membantu mangsa," katanya

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) Iboi, Nor Mohamad Hussain, 59, berkata latihan yang dianjurkan oleh APM memberi ilmu kemahiran kepada penduduk kampung.

Beliau berkata, bayangkan penduduk kampung ini terdedah dengan banjir sebanyak sepuluh kali dalam tempoh empat bulan.

"Banyak harta benda yang rosak dan kehilangan tempat tinggal. Dengan latihan asas menyelamat penduduk dapat memanfaat segala ilmu yang diberikan," katanya.

Dalam pada itu, Kampung Iboi turut menerima sumbangan bot daripada Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) Al Najah semalam.

Serahan dilakukan oleh Komandan CDERT, Profesor Datuk Seri Ahamad Musa So kepada kepada Penolong Pegawai Daerah Baling (Kewangan dan Pentadbiran) Kapten Bersekutu (PA) Nafishah Md Sharif.

Turut hadir, Timbalan Pengarah APM Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff.

Ahamad Musa berkata, bot ini diserahkan kepada penduduk kampung Iboi adalah bagi kegunaan mereka ketika keadaan kecemasan.

Katanya, bot fiber ini lengkap dengan enjin Mercury 9.9 kuasa kuda, dua pendayung dan 10 jaket keselamatan.

"Selain itu, Kampung Iboi juga dijadikan kampung anak angkat CDERT Al Najah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-kecemasan-banjir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.046123 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list