CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 0

[Kedah] Puting beliung tidak jejaskan penduduk Yan

[Copy link]
Post time 14-11-2022 01:17 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA Pertahanan Awam Daerah Yan membuat pemantauan selepas kejadian pusaran angin seperti puting beliung di Kampung Dulang, Yan. -UTUSAN/OTHMAN YAHAYA



YAN: Kejadian pusaran angin seperti puting beliung yang dirakam melanda daerah ini, petang semalam tidak membabitkan kejadian tidak diingini atau bencana kepada penduduk berhampiran.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Yan, Leftenan (PA) Muhammad Zul Izzi Zulkifli berkata, kejadian disedari anggotanya yang bertugas di Pusat Kawalan Operasi Daerah pada pukul 5.17 petang.

“Selepas membuat semakan dengan orang awam, sepasukan anggota bertugas digerakkan ke empat lokasi kejadian pusaran angin untuk membuat pemantauan.

“Namun kita mendapati tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku di Kampung Teroi, Jalan Titi Batu 18, Kampung Sedaka dan Kampung Dulang, di sini,” katanya ketika ditemui.

Kata Muhammad Zul, kejadian pusaran angin itu berlaku ketika hujan lebat yang disertai angin kencang.

Kejadian itu sempat dirakam seorang penduduk, Abd. Rashid Mohd. Darom, 36, semasa dia berada di luar rumahnya di Taman Cempedak Indah, Guar Cempedak di sini.

Walaupun dalam keadaan terkejut kerana kali pertama melihat kejadian itu depan matanya, Abd. Rashid sempat merakamkan pusaran itu sehingga ia hilang.

Dia kemudian memuat naik video rakaman tersebut di akaun TikTok Rasid Darom Jawa yang kemudiannya tular di media sosial. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... askan-penduduk-yan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.497297 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list