CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 313|Reply: 0

[Pulau Pinang] CAP gesa henti aktiviti lombong di HSK dan KSAS

[Copy link]
Post time 14-11-2022 02:25 PM | Show all posts |Read mode

MOHIDEEN (tengah) ketika sidang akhbar di Pejabat CAP, George Town, di sini hari ini.


GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan alam sekitar menggesa supaya aktiviti perlombongan di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) dihentikan segera.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, pihak berkuasa negeri terutama di Perak, Kedah, Kelantan dan Pahang juga digesa mempertimbangkan semula dan membatalkan kelulusan operasi perlombongan di kawasan tersebut.

”Gesaan dan pertimbangan adalah selari dengan ketetapan Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-70 pada 18 November 2014 yang memutuskan semua negeri mengambil inisiatif mengawal atau mengelakkan sebarang kelulusan aktiviti perlombongan dan kuari di kawasan HSK dan KSAS.

”Kewajaran MTN melaksana ketetapan tersebut adalah kerana aktiviti perlombongan dan kuari di kawasan HSK secara langsung akan memberi kesan kepada pencapaian pengurusan hutan secara berkekalan,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat CAP, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pegawai Penyelidik Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman dan Penasihat Sahabat Alam Sik, Mohd Sobri Ramlee.

Menurut Mohideen, sebagai contoh, lokasi cadangan perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah adalah di kawasan Hutan Simpan Bukit Enggang (HS Bukit Enggang).

”Berdasarkan Seksyen 2, Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313), sumber mineral berasaskan nadir bumi tidak ditakrifkan sebagai hasil hutan, oleh itu ia tidak boleh dikeluarkan dari kawasan HSK.

”Apabila timbul isu kecurian REE di HS Bukit Enggang, penjelasan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini dilihat tidak menunjukkan kesungguhan hendak menangani isu tersebut,” katanya.

Justeru, Mohideen berkata, pihaknya menggesa semua pihak berkuasa negeri mengambil tindakan agar menghentikan dan tidak membenarkan sebarang kegiatan yang berisiko seperti aktiviti perlombongan di kawasan HSK dan KSAS.

”Kerajaan negeri tidak seharusnya mengutamakan keuntungan semata-mata dan tidak mengendahkan kesejahteraan rakyat serta alam sekitar,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... ng-di-hsk-dan-ksas/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.049022 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list