CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 323|Reply: 0

[Kedah] 10 kali dilanda banjir tempoh empat bulan.

[Copy link]
Post time 15-11-2022 11:03 AM | Show all posts |Read mode

BANJIR kilat melanda Kampung Padang Empang dan Iboi, Mukim Kupang. FOTO Ihsan Penduduk.

Baling: "Saya baharu saja bersih rumah dan membuang sampah sarap di sekitar rumah petang semalam, belum habis penat... tiba-tiba banjir melanda lagi malam tadi," kata Mohd Nazrul Nazri,30, dari Kampung Padang Empang, Kupang, di sini.

Katanya, ini kali ke-10 rumahnya dilanda banjir dalam tempoh empat bulan menyebabkan banyak barangan dan peralatan rumah rosak teruk selain rumah berbau selut.

"Bayangkan setiap kali hujan mesti air melimpah ke dalam rumah dan tidak sempat menyelamat apa-apa barang.



"Kini rumah saya kosong dan belum diganti kerana bimbang dilanda banjir lagi," katanya yang tinggal kira-kira 20 meter dengan tebing Sungai Kupang.

Mohd Nazrul berkata, jika hujan lebat dua jam mesti air sungai melimpah dan terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

"Akibat banjir semalam sudah 10 kali kami anak beranak berpindah," katanya.

Beliau berkata, selepas tragedi kepala air dan banjir pada awal Julai lalu di Kampung Iboi menyebabkan aliran sungai tertimbus dengan pasir dan bongkah kayu sehingga saliran sungai tidak teratur.

"Bongkah kayu balak dan sampah sarap masih banyak di kawasan penempatan kami selepas banjir tempoh hari dipercayai dari Gunung Inas.

"Saya berharap pihak berwajib dapat membersih segera batang kayu dan sampah sarap di kawasan penempatan penduduk yang terjejas," katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Dahari Abd Latef, 64, dari Kampung Padang Empang, berkata, aliran puing serta bongkah kayu di Sungai Kupang

menyebabkan hakisan pasir melimpah dan sungai menjadi cetek.

"Sungai sudah dikorek supaya lebih dalam namun, namun kekerapan hujan menyebabkan pasir yang diletakkan di tepi tebing masuk semula ke sungai," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tempoh-empat-bulan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.271717 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list