CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 319|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mayat nelayan ditemukan, rakan masih hilang

[Copy link]
Post time 16-11-2022 05:05 PM | Show all posts |Read mode
Mayat nelayan ditemukan, rakan masih hilang

oleh   SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI 16 November 2022    03:22pm






Mayat Muraley dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.




GEORGETOWN - Seorang daripada dua nelayan yang dilaporkan hilang pada Selasa ditemukan meninggal dunia jam 8.10 pagi, Rabu.

Mayat, V Muraley, 54, ditemukan nelayan berhampiran sangkar ikan Pulau Jerejak sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, Pusat Operasi (PUSOP) Maritim Malaysia Pulau Pinang telah menerima panggilan daripada komuniti nelayan mengenai penemuan satu mayat lelaki terapung berhampiran sangkar ikan Pulau Jerejak.

Menurutnya, sebaik menerima laporan tersebut, bot ronda KILAT 26 bergegas ke lokasi dengan bantuan nelayan tempatan yang berada di lokasi tersebut.

Semalam, kita telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) selepas menerima maklumat sebuah bot dijumpai tanpa kru di perairan sangkar ikan Batu Maung kira-kira jam 9 pagi.

"Bagaimanapun pagi ini, satu mayat lelaki ditemui berhampiran sangkar ikan di Pulau Jerejak. Mayat Muraley yang beralamat Taman Merak Jaya, Simpang Empat, Pulau Pinang disahkan ahli keluarganya sendiri," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kata beliau, mayat mangsa dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban dan disanitasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada polis.

"Polis akan membawa mayat mangsa ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat serta siasatan lanjut.




"Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan untuk mencari seorang lagi mangsa yang juga rakan kepada mangsa pertama. Operasi dijalankan oleh beberapa agensi termasuk bantuan daripada beberapa buah bot komuniti nelayan setempat," katanya.

Beliau menambah, kedua-dua mangsa merupakan nelayan daripada Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.428857 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list