CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5077|Reply: 33

50 meracau diserang histeria

[Copy link]
Post time 27-10-2010 10:03 AM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU: Akibat membuka pintu tandas dikunci lapan tahun di tingkat dua sebuah sekolah menengah di Masai di sini, seramai 50 pelajar dan seorang kakitangan meracau akibat diserang histeria sejak seminggu lalu.

Kejadian histeria yang berulang di sekolah berkenaan bertambah serius apabila ada pelajar perempuan menjejerit serta cuba melarikan diri sebelum ditahan rakan dan guru.


Malah, bagi mengatasi masalah itu semalam, kira-kira 10 kakitangan sekolah dengan bantuan pengamal perubatan tradisional berikhtiar memulihkan keadaan dalam operasi pembersihan sekolah daripada gangguan makhluk halus.



Seorang bapa pelajar yang dikenali sebagai Ramli, 40-an, berkata sejak pintu tandas berkenaan dibuka, pelbagai kejadian misteri dan aneh menyelubungi bangunan sekolah itu.

Beliau berkata, anaknya yang belajar di tingkatan empat di sekolah berkenaan juga menjadi mangsa histeria hingga terpaksa mengambil cuti sakit selama empat hari.


Menurutnya, dia difahamkan, kejadian itu berlaku selepas beberapa pelajar sekolah berkenaan terlihat ada lembaga putih menjelma dan terbang di depan mata ketika sesi perhimpunan.



Katanya, difahamkan, sehari sebelum kejadian, beberapa kakitangan sekolah mengakui terlihat lampu di sebuah bilik di tingkat tiga bangunan berkenaan menyala sendiri walaupun sudah lama rosak dan belum dibaik pulih.


“Ketika kejadian pertama dan kedua, sekolah menghubungi saya sebelum anak dibawa pulang ke rumah.


“Saya dan beberapa ibu bapa juga menyaksikan kejadian yang berulang hampir setiap pagi itu dan membantu guru bagi menahan pelajar yang cuba lari dan pengsan secara tiba-tiba selepas histeria,” katanya.


Sementara itu, ketua pengamal perubatan dikenali sebagai Mek, 45, mendakwa pelbagai makhluk halus didapati menghuni di sekitar bangunan.


Menurutnya, lebih 100 botol kaca dan garam disediakan bertujuan memerangkap dan membersihkan kawasan berkenaan daripada gangguan makhluk halus berkenaan.


Katanya, pembersihan juga dilakukan di seluruh bangunan sekolah.


“Kami menasihati pelajar Islam membaca surah Yasin selama seminggu,” katanya semalam.


Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan, Samadi Duriat ketika dihubungi enggan mengulas perkara terbabit dan menyatakan sudah dimaklumkan pada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang. Jurucakap PPD berkata, pihaknya menerima maklumat permasalahan itu dan memantau perkara itu sejak kejadian berlaku.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/50meracaudiseranghisteria/Article/index_html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-10-2010 10:04 AM | Show all posts
nape dia kunci pntu tnds tu?
agknya sblum ni drg buang sgla mak nnek jin dlm tu tnds kot?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 10:46 AM | Show all posts
ngapa pintu tandas tu dibuka setelah ditutup selama 8 tahun...
mesti ada kejadian yg tidak diingin berlaku....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 11:10 AM | Show all posts
nape tiba2 buka pintu tandas tu...dah crowded sangat ke tandas lain sampai perlu lebih tandas?? biasanya tandas yang lama sangat tak diguna memang banyak la penghuni..konon2 dah jadi macam rumah derang..

kot pernah terjadi something kat dalam tandas tu lapan tahun lepas kot, kematian ke..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 11:16 AM | Show all posts
budak dah ramai.. keperluan tandas amat diperlukan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 11:16 AM | Show all posts
budak dah ramai.. keperluan tandas amat diperlukan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2010 01:18 PM | Show all posts
a'a kan...myb jgk..2la...bonda pn pelik...yg diorg ni cr pasal p buka pintu toilet 2 sapa suruh...hmmmm....mcm2 budak2 zmn sekarang....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 02:40 PM | Show all posts

Akibat buka pintu tandas 50 org hestereka!

JOHOR BAHRU: Akibat membuka pintu tandas dikunci lapan tahun ditingkat dua sebuah sekolah menengah di Masai di sini, seramai 50pelajar dan seorang kakitangan meracau akibat diserang histeria sejakseminggu lalu.
Kejadian histeria yang berulang di sekolah berkenaan bertambahserius apabila ada pelajar perempuan menjejerit serta cuba melarikandiri sebelum ditahan rakan dan guru.

Malah, bagi mengatasimasalah itu semalam, kira-kira 10 kakitangan sekolah dengan bantuanpengamal perubatan tradisional berikhtiar memulihkan keadaan dalamoperasi pembersihan sekolah daripada gangguan makhluk halus.

Seorang bapa pelajar yang dikenali sebagai Ramli, 40-an, berkata sejakpintu tandas berkenaan dibuka, pelbagai kejadian misteri dan aneh menyelubungi bangunan sekolah itu.


Haha lawak lawak....korang ada ke pengalaman selawak tu?
klu da ada thread sory lorrr....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2010 02:52 PM | Show all posts
ape yg lawaknye?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 02:52 PM | Show all posts
ape yg lawaknye?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 02:53 PM | Show all posts
kenapa kunci smpai 8 tahun? hantu setan dah beranak pinak dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 03:01 PM | Show all posts
bukak je pintu tandas yang dikunci selama 8tahun terus 50 orang histerika...hahahaha geli hati aku...... mungkin bukan disebabkan hantu tapi kerna tahap kebusukannya atau kegelian pemandangan di dalamnya hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 03:02 PM | Show all posts
ape yg lawak? btw thread ni dah ade...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 03:11 PM | Show all posts
kunci tandas 8 tahun tu bukan maksudnya tandas tu busuk atau kotor
-kalau kotor, mesti dah kering
-aku yakin tandas tu mcm tandas2 biasa sekolah yg dikunci lama2, kering jer, tp penuh la setan dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 03:17 PM | Show all posts
x lawak lgsung pn..seram je aku rs...mmg ade pnglaman cmni kt skolah dlu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 03:18 PM | Show all posts
apa yg lawak nye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2010 03:24 PM | Show all posts
dh TT kate lawak
aku tumpang gelak jer voleyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 03:40 PM | Show all posts
ko lawak2 la TT kene kat ko baru tau..time tu baru rase lawak haha
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 03:42 PM | Show all posts
Reply 8# tiara


    citelah pengamalan yang ko lalui...

mcm aku..dulu2..klu g tandas rasa cuak je kot2 ada something kat atas kepala or kat kt bawah pintu
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2010 03:48 PM | Show all posts
Reply  tiara


    citelah pengamalan yang ko lalui...

mcm aku..dulu2..klu g tandas rasa cuak ...
KingNepTune Post at 27-10-2010 15:42



sbnrnye x ksh la klu tndas ke...bilik ke...rumah pon sm..klu da lm trkunci,x digunakan,x berpenghuni...adelah tu makhluk laen yg mghuninye...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.052985 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list