|
SARGEANT akan bersama Williams pada tahun depan. FOTO Agensi
London: Williams Racing mengesahkan Logan Sargeant dari Amerika Syarikat (AS) akan memandu untuk pasukan Formula Satu itu pada tahun depan.
Sargeant, 21, berjaya memperoleh lesen super F1, Ahad lalu dan akan menjadi pemandu AS pertama beraksi di perlumbaan berprestij itu sejak 2015.
"Ia satu penghormatan besar dan impian menjadi kenyataan untuk diberi peluang ini. Saya bersedia dan teruja untuk melalui pengalaman ini manakala pasukan berusaha bersaing di atas grid," katanya.
Dia menyelesaikan proses untuk mendapatkan lesen supernya pada perlumbaan akhir musim Formula Dua di Abu Dhabi, Ahad lalu.
"Dia mengharungi musim yang mantap di Formula Dua dan kami teruja untuk melihatnya melangkah lebih jauh," kata bos Williams, Jost Capito.
Sargeant menggantikan Nicholas Latifi. Alexander Albon adalah seorang lagi pemandu F1 Williams.
Alexander Rossi adalah pemandu AS terakhir bersaing dalam F1 pada musim 2014-15.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... na-khidmat-sargeant |
|